1. Kim Se-jun
Nah, sejak dari hari pertama dia berjalan turun ke pulau Single Inferno, Kim Se-Jun sudah mencuri tumpuan perhatian peminat apabila dia mengorak langkah laju memikat So-e. Antara fakta menarik tentang Se-jun yang berusia 27 tahun ini ialah dia merupakan pereka fesyen pakaian lelaki. Patutlah sentiasa tampil clean dan segak!
Seorang calon yang pemalu dan sporty walaupun memasuki Inferno lewat, cukup jelas bahawa wataknya seorang yang baik dan gentleman. Saya labelkan dia sebagai lelaki Green Light!