Bukan hanya sekadar produk estetik, lip oil juga mampu memberikan kelembapan intensif kepada bibir, memberikan solusi yang lengkap dengan merawat dan mencantikkan bibir.
Ternyata lip oil merupakan antara produk yang popular tahun 2023! Pengaruh lip oil dalam dunia kecantikan tidak hanya terbatas pada aspek estetik semata, ia telah membuktikan manfaatnya yang luar biasa pada bibir dengan melembabkan, dan juga merawat bibir yang cenderung kering. Banyak jenama lip oil yang kita dapat lihat sepanjang tahun ini dan lima darinya menjadi pilihan EH!
5 Jenama Lip Oil Popular 2023;
1. Dior Lip Glow Oil
Memakai lip oil dari Dior, terasa seperti menyelam dalam kemewahan. Kehebatan produk ini terletak pada kandungan minyak ceri, vitamin A dan E, serta asid lemak seperti asid linoleik yang memberikan kelembapan pada bibir. Satu hal yang menarik perhatian, selain dari manfaat kecantikan, adalah keharuman yang ditawarkan oleh produk ini memberikan sentuhan mewah yang menyenangkan. Selain itu, ia juga memberikan keseimbangan yang sempurna antara kemewahan yang terlihat indah dan natural pada bibir anda.
2. Gisou
Cukup popular dikalangan peminat solekan natural, jenama Gisou ini sememangnya menjadi bualan hangat di media sosial terutama Tiktok. Lip oil berinfusi madu dari Gisou ini dirumus dengan bahan-bahan semulajadi yang memberikan kesan kelembapan pada bibir. Madu terkenal dengan sifatnya yang menghidratkan dan merawat, memberikan kelembapan ekstra, dan juga memberikan manfaat tambahan untuk merawat bibir. Dengan teksturnya yang ringan dan hasil yang menakjubkan, tidak hairanlah produk ini viral di kalangan peminat kecantikan, kerana maanfaat yang terkandung di dalamnya.
3. Rare Beauty Soft Pinch Tinted Lip Oil
Lip oil dari Rare Beauty ini telah melebihi jangkaan dengan teksturnya yang tidak melekit. Produk ini juga menggunakan bahan semulajadi seperti minyak jojoba, gliserin dan minyak biji bunga matahari, yang mempunyai asid lemak dan linoleik yang boleh membantu membaiki bibir kering. Teksturnya yang pekat mampu memberikan warna pada bibir dengan hanya satu sapuan. Diinspirasikan daripada produk pemerah pipi popular dari Rare Beauty, jadi tidak hairanlah mengapa ia sentiasa habis dijual. Bagi mereka yang suka produk dua dalam satu, Rare Beauty menawarkan pilihan lapan warna yang menakjubkan, dengan variasi yang memenuhi selera estetika masing-masing.
4. Clarins Lip Comfort Oil Intense
Clarins sememangnya popular dengan produk lip oil keluarannya. Hadir dalam pelbagai jenis perisa untuk memenuhi pilihan anda, lip oil dari Clarins ini, diperkaya dengan campuran bahan aktif berasaskan tumbuhan seperti jojoba, hazelnut dan raspberry. Untuk warna yang lebih berpigmen, Lip Comfort Oil Intense menambah putaran baharu pada Lip Comfort Oils yang paling laris di pasaran. Jika anda inginkan kilauan yang ringan pada bibir dengan warna yang berani, anda pasti menyukainya. Anda juga boleh memakainya secara bersendirian atau di atas gincu kegemaran anda untuk menambah kilauan dan keselesaan.
5. Fenty Skin Cherry Treat Conditioning & Strengthening Lip Oil
Jenama kosmetik popular dari penyanyi terkenal Rihanna iaitu Fenty telah melancarkan FENTY Skin Cherry Treat Conditioning & Strengthening Lip Oil, yang telah mendapat sambutan positif dari peminat produk kecantikan. Tidak hanya fokus pada kelembapan, tetapi juga melindungi bibir dari sinaran UV. Produk dari Fenty ini membuktikan bahawa lip oil telah menjadi satu keperluan dalam rutin kecantikan sehari pengguna, terutama bagi mereka yang mencari produk yang memberi manfaat akan perawatan yang mendalam untuk bibir mereka.
Artikel Berkaitan: 5 Bingkisan Produk Kecantikan Pilihan EH! Pada Hujung Tahun