Tidak dinafikan akan kecantikan semula jadi pelakon yang berwajah manis menawan ini biarpun sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Bentuk badannya juga kekal langsing dan sentiasa tampak muda. Apakah rahsianya?
EH! secara eksklusif menemu ramah Sari Yanti yang berkongsi rahsia kecantikannya.
Bagaimana pula dari segi pemakanan?
Sari hanya akan minum air 40 minit selepas makan. Jika nak tahu, saya tak makan sayur, sebaliknya saya lebih suka makan buah-buahan. Dari situlah saya dapat banyak khasiat. Biasanya untuk sarapan saya akan makan anggur, kiwi dan ada kalanya saya campurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, saya akan gantikan dengan mangga dan pisang. Saya pula jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air. Biasanya petang saya akan lebihkan makan tembikai. Makanan pilihan saya ialah buah-buahan, kacang dan coklat.
Bagaimana pula dengan makanan tambahan?
Sari ambil vitamin C dan makanan tambahan ekstrak buah-buahan.
Apa aktiviti pilihan sewaktu di gimnasium?
Sari akan ke gimnasium tiga kali seminggu. Bila usia dah meningkat memang kena bersenam sebab saya tak nak badan menggeleber, saya suka nampak firm and fit. Saya akan lakukan senaman kaki pada hari Jumaat kerana senaman kaki akan beri kesan tegang pada kaki, jadi Sabtu dan Ahad saya boleh berehat.