Oleh: Reen Aziz
Gambar: INGimage
Apabila anda mencuci muka sahaja tanpa mempraktikkan cara yang betul ia mungkin meninggalkan serba sedikit solekan ada pada wajah dan mungkin masih ada lagi sisa yang membuatkan kulit berdepan dengan berbagai bermasalah. Jom cuba cara betul untuk mencuci wajah menggunakan cleansing oil.
- Pastikan tangan dan muka anda kering. Minyak bertindak untuk menghilangkan kotoran dari liang kulit dan air melembap itu bertindak mengeluarkan segala kotoran dari wajah anda. Jika tangan atau wajah anda basah, ia akan menjadikan minyak dari cleansing oil itu tidak bersih.
- Sekurang-kurangnya pam dua kali cleansing oil. Gosokkan cleansing oil itu di kedua tapak tangan anda sehingga menjadi suam-suam kuku dan ia dapat membantu lebih banyak buih serta mudah untuk mencuci di seluruh wajah anda.
- Membuat urutan di muka anda menggunakan cleansing oil. Selepas mengosok cleasing oil di kedua belah tapak tangan anda, perlahan-lahan buat urutan di muka menggunakan hujung jari. Anda akan merasa minyak itu perlahan-lahan menjadi lebih cair kerana suhu badan pada kulit adalah panas. Dengan berhati-hati urut di kawasan kulit yang ada bintik hitam dan liang tersumbat boleh dibersihkan dengan cara ini.
- Gunakan air suam untuk membilas. Air suam membantu mencuci muka anda dengan bersih dan menjadikan kulit muka anda lebih bersih dan lembut.