Bermula dari Gabrielle Chanel hinggalah Marion Cotillard, EH! menyorot lapan wajah tersohor yang pernah membintangi kempen Chanel N°5 yang sudah seabad usianya.
Chanel N°5 adalah haruman kegemaran bintang filem Marilyn Monroe. Malah dia pernah bercerita dia biasanya akan menyembur minyak wangi keemasan itu sebelum dia beradu. Malah sewaktu berakhirnya perang dunia kedua, berderet tentera Amerika berbaris membeli Chanel N°5 untuk dijadikan hadiah buat isteri atau kekasih mereka. Berpandukan daripada dua perkara ini dapat kita tafsirkan bahawa Chanel N°5 bukanlah sekadar sebotol haruman tetapi ia Adalah satu pop culture yang terus diraikan sehingga ke hari Ini. EH! mengimbas 8 wajah ternama yang pernah menghiasi kempen haruman popular ini.