Mula diperkenalkan pada tahun 1998, BOSS Bottled terus duduk di barisan hadapan sebagai salah satu haruman lelaki paling ikonik di dunia.
Cipta undang-undang sendiri dalam memenuhi objektif hidup! Ya, untuk memenuhi matlamat diri, kita perlu berani dan meletakkan diri sendiri sebagai ‘ketua’. Dan inilah nilai yang mahu BOSS Parfums terapkan dalam diri kita menerusi harumannya.
BOSS Bottled Parfum bukanlah asing dalam dunia haruman. Minyak wangi ini begitu ikonik. Malah sejak remaja lagi saya sudah mengenali haruman ini. Tidap kali menyelak halaman majalah pasti terlihat helaian iklan mahupun reviu editorial tentang haruman ini. Botolnya sahaja memang sinonim dengan identiti Hugo Boss.
ERA BAHARU BOSS BOTTLED
Tahun ini, haruman ini melangkah ke era baharu. Lebih bold dan BOSS mahukan ia terus meninggalkan impak dalam segala aspek. BOSS mahu menyubur semangat dalam diri penggunanya untuk lebih berani, percaya kepada kata hati dan mengawal sendiri tiap tindak tanduk. Mereka mahu kita semua menjadi ‘Be Your Own BOSS’.
BOSS Bottled Parfum terhasil daripada buah fikir dua pakar haruman iaitu Annick Ménardo dan Suzy Le Helley. Mereka berdua mengolah haruman ikonik ini ke peringkat yang lebih tinggi. Kandungan pati haruman ini lebih pekat dan lebih menyengat.
Annick dan Suzy menyatukan kesegaran limau mandarin bersama bau pedas dan pohon tin. Tidak sempurna sebuah minyak wangi lelaki andai tidak dipercikan bau kayu-kayan, dan mereka berdua menyerlahkan elemen maskulin dengan menambah bau kayu sedar dan kulit.
Tambah menarik botol haruman ini tampil lebih gelap, bagaikan langit malam, kelam warnanya. Dibungkuskan pula dalam kotak hitam pusam, membuatkan haruman ini sangat bold (mungkin juga sedikit misteri) dari bungkusan hinggalah percikannya.
SIAPA LELAKI BOSS?
Lelaki BOSS adalah seorang yang berkarisma, yang berani serta tahu meletakkan objektif hidupnya di landasan yang tepat. Meneliti ciri-ciri ini, BOSS memilih aktor kelahiran Australia, Chris Hemsworth sebagai wajah rasminya. Pemilihan ini pastinya tepat berpandukan karakter dan personaliti bintang ‘Thor’ ini.
Menurut Chris dia senang sekali bekerjasama dengan Hugo Boss untuk kempen haruman ini bertahun-tahun. “BOSS menyebarkan mesej yang positif tentang kehidupan, mendorong orang di luar sana untuk mengejar impian dan mengajak lelaki untuk menjadi seorang yang memberikan impak kepada komuniti,” kongsi Chris dalam satu kenyataan akhbar sebelum ini.
Meraikan kedatangan BOSS Bottled Parfum, Hugo Boss membuka ruang eksklusif untuk anda mendekati haruman popular ini di ruang legar Suria KLCC sehingga 2 Oktober ini. Usah lepaskan peluang ini dan anda akan fahami mengapa lelaki seantero dunia menyukainya. BOSS Bottled Parfum, RM444 (100ml) dan RM335 (50ml).