Sempena pelancaran haruman ‘ahli keluarga’ baharu Gucci Flora, Gucci melancarkan walk-in pertemuan secara peribadi Gucci Flora Gorgeous Jasmine di Center Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur!
Memasuki pintu utama MidValley, dari jauh sudah terbau akan wangian klasik Gucci Flora Gorgeous Jasmine. Lantas kaki menjejak bauan akhirnya membawakan ke binaan pop-up Gucci yang tersergam indah di ruang legar Mid Valley Megamall. Tidak membuang masa, EH! mencuba bauan itu secara peribadi membuatkan diri ini lesap ke dalam magikal bauan bunga yang indah dikelilingi kuntuman melati atau jasmin.
Menyambut kedatangan haruman yang baharu, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum yang kini merupakan koleksi wangian yang kedua selepas Gucci Flora Gorgeous Gardenia. Meraikan haruman baharu ini, Gucci turut mengundang tiga figura terkenal yakni aktres Amelia Henderson, Sharifah Rose dan juga sosialit, Ally Mukhriz.
Amelia Henderson, meraikan bauan Jasmine dengan gaya tersendiri. Menyukai bauan bunga segar yang klasik, Amelia meletakkan bahan utama, jasmin sebagai kandungan kegemaran utamanya apabila pertama kali menghidu bau Gucci Flora Gorgeous Jasmine. Ia membawakan dia ke dalam magikal taman bunga yang eksklusif dan mengeluarkan sisi elegannya sendiri.
Sharifah Rose atau mesra disapa Rose sangat menyenangi rekaan botol haruman ini, ringkas dengan kehadiran corak Flora yang direka kembali oleh Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele, mencipta imej tersendiri buat kelalang haruman ini. Corak itulah yang tepat mencerminkan sisi Gucci 2022. Rupa bentuk dan saiz botol juga menjadikannya sebuah haruman yang sangat praktikal.
Ally Mukhriz tampil sedondon Gucci saat dia melangkah ke ruang pop-up Gucci Beauty ini. Dia sempat mencuba dua haruman Gucci Flora Gorgeous iaitu Jasmine dan Gardenia. Ayat pertama yang keluar dari bibirnya, “Wangi, cukup elegan dan segar, bauan ini membawa saya ke dalam dunia fantasi yang dipenuhi bunga jasmin”.
Gucci Flora Gorgeous Jasmine, haruman wangian yang ghairah dan klasik diserikan dengan ekstra kandungan kayu cendana dan Benzoin, mengekspresi aroma yang elegan dan mewah. Untuk meneroka haruman ini secara peribadi, Gucci mengadakan Gucci House Walk-in di Mid Valley Megamall Center Court, Kuala Lumpur mulai hari ini hingga 2 Oktober. Pastikan anda mendaftar di Gucci Midvalley Center Court untuk menebus sampel percuma apabila anda berkunjung ke sini!
Artikel berkaitan: Gucci Blondie, Tas Tangan Kegilaan Fesyenista Masa Kini