Tiada yang lebih baik daripada menemui jenama penjagaan kulit lokal yang bagus. Oleh kerana ia adalah buatan negara sendiri, ia boleh dipercayai kerana mereka lebih memahami keperluan kulit anda.
Pernahkah anda tertanya mengapa kita perlu memakai produk penjagaan muka? Penjagaan kulit memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penampilan keseluruhan anda kerana kulit anda adalah organ terbesar badan anda. Penjagaan kulit tertumpu terutamanya pada kawasan halus pada muka, leher dan dada. Jadi, kulit cantik tidak akan terjadi dengan sendirinya lebih-lebih lagi dengan keadaan sekeliling yang mencemari kulit anda.
Apabila sebut tentang penjagaan kulit, kebanyakan kita lebih cenderung kepada jenama antarabangsa, tetapi tahukah anda terdapat banyak jenama penjagaan kulit tempatan yang bagus? Pasti susah kerana negara kita sering dikaitkan dengan jenama timbang kilo. Tapi jangan risau, di sini EH! menyenaraikan tujuh jenama penjagaan kulit lokal terbaik untuk rutin harian anda.
1. Chuck’s
Chuck’s ialah jenama kecantikan diasaskan oleh pempengaruh, Jane Chuck pada 2019 dengan produk yang memenangi anugerah buatan Korea. Mereka menggunakan bahan-bahan yang bebas daripada paraben, mineral, ujian haiwan, alkohol, dan pewangi. Pembukusan mereka juga minimalis dengan warna lembut yang menarik, membuatkan produk mereka menangkap mata. Daripada pencuci muka ke sunscreen, anda boleh mendapatkan set lengkap untuk wajah anda!
2. Cuura
Cuura diasaskan oleh Sarah Shah Nor, menghasilkan produk penjagaan kulit yang menyerlahkan dengan kebaikan bahan semulajadi semata-mata. Produk Cuura dihasilkan secara tempatan dan bahan-bahannya diperolehi dari seluruh dunia secara beretika juga terbukti organik pada sumbernya. Dalam proses penciptaan produk, Cuura mengelakkan kira-kira 1,500 bahan berbahaya atau meragukan yang dilarang daripada formulasi produknya. Jenama ini memilih bahan organik, semula jadi, mampan dan sintetik terbaik yang memenuhi piawaiannya. Lebih 80 peratus daripada ramuan dalam produknya adalah semula jadi atau berasal dari tumbuhan.
3. Root Remedies
Ditubuhkan pada 2015, Root Remediesdiasaskan oleh Sian Chiew dan Leland Lo. Semua produk mereka tidak mengandungi bahan sintetik yang tidak diperlukan dan sebaliknya diisi dengan 90 peratus bahan semulajadi. Dengan produk penjagaan kulit organik yang vegan dan cruelty free, mereka menyediakan penjagaan kulit yang mampan.
4. Alluskin
Ditubuhkan pada 2019, Jenama penjagaan kulit ini diasaskan oleh bekas doktor perubatan,Dr. Nurul A’in binti Sa’ari yang meminati keusahawanan dan penjagaan kulit. Produk penjagaan kulit mereka selamat dan berkesan untuk kulit bermasalah, berjerawat, sensitif dan sesuai untuk semua jenis kulit juga. Daripada pencuci muka ke sunscreen, anda boleh mendapatkan set lengkap untuk wajah anda bersama Alluskin.
5. The Mineraw
Ditubuhkan pada 2018, The Mineraw komited untuk menyediakan produk mudah, lembut, bersih yang selamat untuk kulit anda. Fokus mencipta produk kecantikan yang senang digunakan dan senang faham. Produk mereka adalah vegan dan vegetarian, cruelty free, dan sesuai untuk semua jantina dan semua jenis kulit. Produk mereka yang menjadi pilihan ialah Glow Serum Face Oil. Ia dapat mengurangkan parut jerawat, keradangan dan menjadikan kulit berseri. Ia juga bagus untuk semua jenis kulit dan tidak akan menyebabkan wajah berminyak walaupun ia diperbuat daripada minyak.
6. Yello
Ditubuhkan pada Ogos 2016, Yello Skincare ialah jenama penjagaan kulit yang membangunkan produk untuk pelbagai masalah kulit. Akar-kunyit, memberi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan produk buatan tangan berasaskan oatmeal dan kunyit untuk membantu mereka yang bergelut dengan masalah jerawat. Produk mereka dirumus dengan selamat dengan bahan aktif berprestasi tinggi, disokong oleh kajian klinikal terkini.
7. Plummp
Diasaskan oleh Alvy Joanna pada tahun 2022, produk pertama jenama itu ialah Krim Super Hyaluronic. Plummp adalah salah satu jenama paling inovatif di Malaysia. Krim Super Hyaluronic mengandungi bahan yang menghidrat, meredakan keradangan dan memerangi hiperpigmentasi. Ia juga dilengkapi dengan alat terapi cahaya merah bergetar. Alat terapi cahaya merah bergetar menggunakan wavelength cahaya gelombang rendah untuk meningkatkan keanjalan kulit, kemerahan, jerawat dan kedutan. Terdapat produk baru iaitu sunscreen dan mereka pasti akan berkembang dengan produk baharu.