Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Lancôme Advanced Génifique Serum dipilih oleh majoriti pembaca EH! untuk ditabalkan sebagai Serum Anti-Penuaan Pilihan. Serum ini sudah diuji keberkesanannya dan ini terbukti menerusi pelbagai ujian (diuji di pelbagai suhu dan cuaca), malah serum ini sangat efektif digunakan oleh semua, tidak kira perempuan mahupun lelaki. Dan dari ujian yang dilangsungkan oleh Lancôme, sembilan dari 10 orang yang mencuba serum ini menyarankan untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Keberkesanan dan kualitinya setanding populariti #TestedForLife.
Kenapa serum ini tidak pernah ketinggalan daripada tersenarai sebagai produk pilihan kami tahun demi tahun? Kerana kami ini menyampaikan bahawa ia perlu ada di setiap meja solekan anda. Ia dirumuskan dengan formula yang sangat canggih untuk mengatasi pelbagai tanda penuaan, melicinkan tekstur kulit dan membuatkan wajah kelihatan lebih muda.
Serum yang telah mengambil masa 20 tahun untuk kajian didalam sains mikrobiom ini mengandungi tiga bahan aktif iaitu tujuh jenis pra dan pro-biotik, asid hialuronik dan juga Vitamin CG. Bersama bahan-bahan ini membantu menguatkan mikrobiom untuk pemulihan kulit yang lebih baik. Melembapkan sehingga 72 jam secara berkesan dan meneutralkan radikal bebas sambil mencerahkan dan melicinkan kulit. Mana tidaknya? Setiap titisan mengandungi 30 juta pecahan pra dan pro-biotik (6 bilion setiap botol) untuk kulit anda. Anda boleh melihat kesannya secepat tujuh hari!
Langkah yang amat penting di dalam rutin penjagaan wajah ini segera menguatkan dan merawat perintang kulit anda akan melihat perubahan dalam kualiti kulit serta keseriannya Garis halus dan kedutan dilembutkan penampilannya. Kulit terasa licin dan bersedia untuk menempuhi apa jua serangan luaran seperti pencemaran dan perubahan cuaca.
Bercakap tentang cuaca, Lancôme kini pergi lebih jauh bersama Advanced Génifique Serum yang mana mereka melakukan ujian intensif untuk membuktikan serum ini mampu belindungi kulit dalam keadaan cuaca yang terlalu sejuk mahupun terlalu hangat. Dengan tanda pagar #TestedForLife serum ini juga mahu membawa mesej bahawa ia sebuah serum yang melindungi kulit semua, baik wanita mahupun lelaki. Hasil kajian, Advanced Génifique Serum memang padan dengan kulit lelaki dan memang berkesan dalam membaiki fungsi penghalang kulit. Kulit yang lebih sihat dan muda dalam masa tujuh hari… Ada yang tak mahu kah?
Informasi tentang serum hebat ini ada di pautan
INI
, dan boleh juga milikinya secara dalam talian di pautan yang sama.
BACA: Neelofa Dedah 2 Produk Lancôme ‘Must Haves’ Dalam Penjagaan Kulitnya