ERNIE ZAKRI- SAHIR SABRI
Penerima trofi Vokal Wanita Terbaik ini hadir dengan gaun hijau seakan mengulangi warna busana sama yang digayakan oleh ibu saudaranya, Ziana Zain yang turut memakai busana hijau saat menerima trofi serupa lebih 20 tahun yang lalu. Sahir Sabri tidak terlalu ‘berkarya’ untuk solekan Ernie kali ini, mungkin dia sekadar mahu mencipta solekan seadanya untuk melengkapi gaya keseluruhan Ernie. Cuma pemilihan gincunya agak berbeza dari yang selalu dicalitkan pada Ernie lantas membuatkan solekan ini berbeza dari selalu.