Tidak perlu diperkenalkan lagi, Lancôme Génifique sudah masyhur semesta nama dan kuasanya. Kini tampil dengan formula lebih efektif, lebih ‘ultimate’.
Masuk tahun ini sudah masuk tahun ketiga Lancome mengundang EH! ke Singapura untuk memeriahkan acara pelancaran pop-up serum ikonik Génifique. Setiap kunjungan membuatkan kami semakin dekat dengan produk nombor satu di Lancome ini.
Apa yang istimewa sangat tentang Lancôme Génifique yang baharu ini? Selain sudah terbukti secara klinikal akan kemampuannya memudar dan melengahkan kesan-kesan penuaan, serum ini terbukti memperbaiki kulit, sama ada dari tekstur, paras penghidratan mahupun membuat wajah nampak lebih muda.
Pop-up tahun ini dinamakan sebagai Génifique Ultimate Spaceship, gah berdiri di depan pusat beli-belah tersohor Ngee Ann City yang terletak di Orchard Road. Membawakan tema kapal angkasa, unsur ini diterapkan bukan sahaja pada zahir luaran malah pada seni reka dalaman dan aktiviti di dalamnya.
Pop-pu ini dibuka kepada umum dan secara percuma sehingga 20 September. para pengunjung berpeluang mencuba formula baharu Lancôme Génifique Ultimate, melakukan pemeriksaan kulit yang mana kulit wajah dianlisa secara menyeluruh dan mengambil masa selama 20 minit. Tidak terhad kepada Lancôme Génifique semata, pop-up ini juga memberi ruang untuk anda mencuba produk ikonik Lancome yang lain termasuk penjagaan kulit mahupun solekan.
Seperti selalu, Lancôme akan menerbangkan bintang tersohor sebagai penghangat dan tarikan malam pembukaan. Tahun ini tiba giliran idola K-pop, BamBam membuat peminat bersorak. BamBam yang turut mengikut tema kod pakaian malam itu, ‘Futuristik’, hadir mengenakan persalinan dalam ton kelabu dengan material kilat.
Maklumat lanjut atau mahu memiliki Lancome Genifique, boleh klik pautan INI!