“Ibu saya pernah bekerja di kedai minyak wangi, dan dia selalu membawa balik botol haruman yang sudah habis. J’adore antara yang selalu dibawa pulang, saya sukakan baunya,” Rihanna menerusi satu temubual bersama majalah Vogue Amerika.
Sudah sebulan sejak teaser potret kempen J’adore yang menampilkan bintang baharunya Rihanna dilancarkan. Dan sudah tiga minggu juga video kempen dan foto rasmi kempen ini dilancarkan. Rihanna membawa vibes baru buat J’adore. Masih mengekalkan elemen mewah keemasan yang sudah jadi satu identiti buat J’adore, tetapi aura pelantun lagu ‘Diamonds’ ini membuatkan J’adore begitu cool dan edgy.
Tambahan pula sentuhan pengarah kempen ini sendiri, Steven Klein, dia memang masyhur dengan kepakaran dalam membuat sesuatu yang edgy, provokatif dan seksi. Dirakamkan di Versailles yang asalnya adalah istana King Louis XIV membuatkan video ini gah, mewah dan so ‘French’. Video kempen ini juga dilatari lagu nyanyian Rihanna sendiri, Love on the Brain, yang dipetik dari album terakhirnya, Anti.
“Berpeluang untuk menikmati kemewahan suasana Versailles adalah satu peluang yang tak datang selalu dan harus saya nikmati sepenuhnya. Ini adalah satu momen nan cukup istimewa,” luah Rihanna.
Hari ini J’adore hadir dalam pelbagai variasi dan terbaru ialah J’adore l’Or yang diolah oleh pengarah kreasi haruman Dior yang baru, Francis Kurkdjian. Dia yang berasal dari Amenian itu dianggap sebagai salah seorang maestro dalam dunia pembikinan haruman hari ini. Minyak wangi J’adore sangat feminin, masyhur dengan himpunan bunga melati (jasmin), mawar, kenangan dan lili serta violet,.
Rihanna menduduki takhta J’adore, mengambil tempat yang pernah diduduki oleh aktres kelahiran Afrika Selatan, Charlize Theron dan juga supermodel Carmen Kass.
Rangkaian J’adore boleh didapati butik Dior Beauty juga di Sephora, boleh juga klik pautan sephora.my untuk membeli secara dalam talian.