Lain selebriti lain pula persiapannya. EH! mendapatkan hal penting yang menjadi persiapan utama selebriti sebelum melangkah ke karpet merah.
Karpet merah adalah pembuka penting mana-mana acara khususnya malam anugerah. Inilah medan para selebriti beradu gaya, menunjukkan penampilan terbaik mereka. Persiapan boleh makan berbulan, malah beberapa minggu sebelum acara, persediaannya lebih ‘intense’.
Bella dan Eyka punya persamaan, mereka mahu tahu tema dan biasanya mereka akan berbincang dengan jurusolek, pendandan rambut dan penata gaya apa yang sesuai untuk keseluruhan look mereka. Paparan gaya selebriti dan juga pentas peragaan menajdi rujukan mereka.
Cik Manggis dan Nadia Brian pula mementingkan energi dan bentuk fizikal bila melangkah ke karpet merah. Beberapa minggu sebelum acara mereka akan lebih kerap bersenam dan menjaga pemakanan mereka.
Persiapan Cik Manggis juga lebih menarik bila dia pastikan dia akan menghubungi ayahnya sebelum ke majlis. “Sebelum membuat persembahan biasanya saya akan hubungi ayah. Dia adalah motivasi saya, pembakar semangat yang membuat saya yakin untuk melakukan apa sahaja,” jelasnya.
Tetapi apa persamaan keempat-empat selebriti undangan EH! ini dalam menyiapkan diri ke karpet merah? Kesemuanya mementingkan senyuman yang menawan. Ya, mengapa tidak hal itu diutamakan kerana bila melintasi permaidani merah, semua selebriti perlu tersenyum berhadapan dengan lensa. Sebaris gigi yang putih menjadi senjata untuk membuatkan diri terus yakin melangkah.
Gigi yang putih membuatkan persediaan lain lebih sempurna seperti busana, solekan, dandanan rambut dan sebagainya. Bayangkan baju, mekap dan rambut sudah sedia sempurna namun bila tersenyum gigi kuning, mustahillah anda boleh yakin tersenyum.
Memutihkan Gigi Sewaktu Tidur
Persiapan memutihkan gigi beberapa minggu sebelum ke karpet merah lebih mudah dengan adanya Colgate Optic White® O2 Teeth Whitening Pen. Pemutih gigi ini sangat praktikal, hanya perlu sapukan pada gigi setiap malam sebelum tidur.
Apa kandungan produk ini yang membuatkannya cukup berkesan? Ia mengandungi 0.1% Hydrogen Peroxide iaitu bahan aktif bagaikan serum yang diserap masuk ke dalam gigi untuk memutihkannya. Sapuan yang konsisten selama tiga minggu akan menunjukkan hasil malah menurut kajian yang dijalankan Colgate dapati gigi akan tiga kali ton lebih putih dalam jangka waktu yang sama. Lengkapkan penjagaan gigi dengan memberus gigi dengan Optic White® O2 Toothpaste dua kali sehari untuk hasil yang optimum.