Schwarzkopf memperkenalkan Scalp Clinix, penjagaan kulit kepala salon yang sesuai dirumah, hadir dengan formula yang canggih disesuaikan untuk masalah kulit kepala & rambut.
Scalp Clinix ialah rejim penjagaan kulit kepala yang eksklusif dengan menggabungkan teknologi aktif mikrobiom berprestasi tinggi dan ramuan yang diinspirasikan untuk penjagaan kulit rambut. Fiber Clinix ini dicipta khas untuk merawat masalah kulit kepala dan rambut dengan sempurna sekali gus.
Dikuasakan oleh Teknologi Biotik dengan mikrobiom aktif, kedua bahan ini diperlukan buat individu yang mengalami masalah kulit kepala kelemumur, kulit kepala kering, halus & berminyak sehinggalah kepada keguguran rambut.
Scalp Clinix membantu masalah kulit kepala yang tidak seimbang kepada rambut yang sihat. Rangkaian Scalp Clinix dilengkapi dengan Microbiome Active, formula termaju yang mengandungi bahan semula jadi yang direka khas untuk mengimbangi mikrobiom kulit kepala dan meningkatkan kesihatan rambut.
Antara kebaikan setelah melakukan regim penjagaan Scalp Clinix ialah ia membantu menyokong keseimbangan mikrobiom kulit kepala yang lebih baik. Selain itu, ia juga melegakan dan menenangkan kulit kepala sehingga anda terasa kulit kepala lembap dan seimbang.