Syabas dan tahniah diucapkan buat pihak produksi program Gegarvaganza musim keempat (GV4) yang berjaya mendapat jumlah penonton yang ramai selain berjaya menobatkan penyanyi lagenda, Aishah sebagai juara GV4. Nampaknya formula pihak produksi yang menjemput artis dari Indonesia dan Singapura iaitu Firman dan Ferhad sebagai peserta GV4 mendapat respon baik dari netizen sekaligus berjaya apabila Firman mampu ke final pentas GV4 dengan meraih tempat yang kelima.
Penaja utama program ini iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) ternyata boleh tersenyum lebar kerana matlamat kerjasamanya dengan pihak produksi berjaya membuahkan hasil lumayan. Difahamkan, pada sidang media konsert final GV4, pihak produksi dan DSV nyata puas hati dan bakal meneruskan program ini untuk musim yang kelima.
Bagaimanapun, formula yang bakal digunakan masih lagi dirahsiakan. Memandangkan penyertaan Firman dan Ferhad memberi impak yang menarik, EH! KOREA BUZZ merasakan ada baiknya untuk musim yang kelima mereka membuka lagi satu tempat untuk menjemput penyanyi dari Korea sebagai peserta.
Persaingan mesti lagi sengit apabila penyanyi dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Korea bergabung untuk merebut tempat sebagai juara GV5. Cadangan ini dirasakan amat relevan dan baik kerana banyak juga lagu-lagu Korea sangat popular dan sering dimainkan di radio tempatan.
Malah, penglibatan peserta GV4 iaitu Hazami juga mendapat sokongan dari beberapa artis dari Korea sehingga pelakon Korea, Cho Wan Jin sanggup turun ke Johor untuk menonton secara langsung konsert final GV4. Oleh itu, EH! KOREA BUZZ lampirkan 8 penyanyi Korea yang dirasakan layak menyertai GV5 berdasarkan syarat utama program.
Undi Calon Yang Anda Suka