Hakikatnya, bukan lelaki sahaja yang boleh mencapai klimaks, malah perempuan juga sama. Tetapi waktu kemuncak untuk wanita sering di salah ertikan. Mungkin anda patut tahu fakta sebenar tentang klimaks wanita yang ramai orang salah faham.
Gambar : Shutterstock
Mitos : Wanita tidak akan mengantuk selepas klimaks.
Kebenaran : Sesetengah wanita dan juga lelaki akan rasa lebih bertenaga sesudah klimaks. Ada sesetengah juga ingin terus tidur dalam dakapan orang yang disayanginya.
Mitos : Ramai wanita inginkan pelukan manja kala mencapai klimaks.
Kebenaran : Ada sesetengah wanita berasakan panas dan tidak mahu menyentuh pasangannya sesudah sesi hubungan intim. Tetapi ada juga yang mahukan pelukan manja. Ia bergantung pada keinginan masing-masing.
Mitos : Wanita sukar untuk klimaks ketika seks ‘quickie’ kerana mereka mengambil masa yang lama.
Kebenaran : Bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk terangsang atau mungkin memerlukan masa yang lama untuk ‘bersedia’ ada kemungkinan tidak akan mencapai klimaks ketika sesi intim ‘quickie’ ini. Tetapi tidaklah semua wanita mengalami masalah ini. Jika anda jenis yang mudah terangsang dengan sentuhan suami atau mungkin dari segi idea quickie itu, pastinya anda akan lebih cepat untuk klimaks kerana tahap rangsangan yang over-the-top.
Mitos : Klimaks berganda adalah mustahil bagi wanita.
Kebenaran :Sebenarnya ia tidak mustahil tetapi cuma tidak semua wanita mempunyai kelebihan ini. Mungkin hanya 15 peratus wanita sahaja yang boleh mencapai klimaks berganda dalam satu sesi. Tetapi ia juga bergantung pada tahap rangsangan serta berapa lama sesi seks itu boleh mengambil tempat. Biasanya, wanita yang boleh mencapai klimaks berganda ini punya tempoh refraktori yang singkat berbanding mereka yang mencapai klimaks sekali untuk satu sesi. Jadi disebabkan itu wanita yang punya kelebihan ini boleh kembali beraksi dengan lebih cepat.
Mitos : Ejakulasi adalah tidak masuk akal.
Kebenaran : Percayalah yang sesetengah wanita mampu mencapai proses ejakulasi, tetapi kebanyakannya tidak.