Busy tak semestinya produktif. Dalam kehidupan harian, kita selalu kejar rasa “nak jadi produktif”. Tapi tanpa sedar, ada tabiat tertentu yang nampak macam membantu, sedangkan sebenarnya hanya buat kita rasa sibuk tanpa hasil yang jelas.
Ini antara 7 tabiat yang nampak “productive”, tapi sebenarnya tiada sebarang kesan:
Multitasking

Multitasking merujuk kepada melakukan dua atau lebih tugasan dalam satu masa. Walaupun nampak seperti kita sedang menyelesaikan banyak perkara sekali gus, realitinya terlalu banyak multitasking boleh membuatkan kerja menjadi tidak teratur dan sukar untuk disiapkan. Kesudahannya, tiada satu pun tugasan yang benar-benar dapat diselesaikan dengan baik.
Tanpa sedar, multitasking juga boleh memberi tekanan kepada diri sendiri. Apabila terlalu banyak perkara cuba disiapkan dalam satu masa, kita mudah rasa terbeban dan hilang arah. Ini bukan sahaja menjejaskan produktiviti, malah boleh mengurangkan kepuasan terhadap hasil kerja.
Tertekan dan Tergesa-Gesa

Bekerja dalam keadaan tergesa-gesa boleh menyebabkan hasil kerja jadi low quality sebab kita cenderung untuk fokus kepada menyiapkan tugasan secepat mungkin instead of betul-betul memberi perhatian kepada detail dan kualiti kerja itu sendiri.
Walaupun dari luar nampak macam kita sedang produktif dan banyak benda dah diselesaikan, realitinya kerja yang dibuat secara rush biasanya kurang kemas, kurang teliti dan mudah ada kesilapan kecil yang sebenarnya boleh dielakkan kalau kita lebih tenang dan terancang. Lama-kelamaan, tabiat ini bukan sahaja memberi kesan kepada hasil kerja, tapi juga kepada cara kita manage masa dan tekanan harian.
Afirmasi

Afirmasi diri memang boleh membantu dari segi pemikiran, tetapi jika hanya sekadar terus memberi kata-kata positif tanpa disertakan dengan tindakan untuk memperbaiki diri, sebenarnya tidak akan membawa banyak perubahan. Cakap pada diri sendiri memang boleh menjadikan seseorang lebih baik, tapi tanpa usaha sebenar untuk berubah, perkara ini hanya tinggal sebagai kata-kata sahaja. Perubahan hanya berlaku bila ada pemikiran dan tindakan yang seiring.
Terlalu Merancang

Terlalu merancang sesuatu tanpa mula bertindak boleh buat kita stuck dalam fasa planning sahaja. Walaupun perancangan itu penting, terlalu fokus nak buat semuanya sempurna kadang-kadang buat kita lambat untuk mula. Akhirnya, banyak masa habis pada perancangan, tapi tindakan sebenar tak bergerak.
Korban Tidur

Mengorbankan waktu tidur sering berlaku apabila kita terlalu sibuk dengan tugasan yang diberikan atau demi mengejar deadline. Nampak seperti produktif, ramai yang tidak sedar bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada fokus dan tenaga sepanjang hari.
Apabila perkara ini berterusan, bukan sahaja menjejaskan kualiti kerja, tetapi juga kesihatan dan keupayaan untuk berfungsi dengan baik pada hari berikutnya. Akhirnya, usaha sia-sia ini sebenarnya boleh membawa kepada keletihan yang berpanjangan.
Penggunaan Self-Help Yang Nonstop

Buku, video, dan kandungan motivasi sering dijadikan rujukan harian dengan harapan dapat memberi perubahan positif dalam hidup. Jika terlalu bergantung pada self-help tanpa diikuti dengan tindakan sebenar, akan menjadi satu bentuk konsumsi idea tanpa pelaksanaan. Lama-kelamaan, kita mungkin hanya menjadi penonton kepada proses perubahan diri sendiri tanpa benar-benar bergerak ke hadapan.
People Pleaser

Menjadi seorang people pleaser sering berlaku apabila kita terlalu ingin menjaga hati orang lain sehingga mengabaikan keperluan diri sendiri. Dalam banyak situasi, kita cenderung untuk follow walaupun sebenarnya tidak mahu, hanya untuk mengelakkan kekecewaan daripada orang lain.
Lama-kelamaan, tabiat ini boleh membuatkan kita keletihan secara emosi kerana terlalu banyak memberi tanpa meletakkan limit. Walaupun niatnya baik, kesukaran untuk menetapkan batas diri boleh menyebabkan kita hilang keseimbangan antara menjaga orang lain dan menjaga diri sendiri.
