Lebih daripada sekadar persembahan, separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 menjadi pentas di mana gaya memainkan peranan utama. Demi membawa emosi yang lebih sesuai, penyanyi-penyanyi wanita ini tampil dengan gaya yang dramatik dan eskpresif.
Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah tampil dengan persalinan couture oleh Faizuluziaf di bawah label Haute Couture by RI, mempersembahkan sebuah gaun labuh satin berona kelabu lembut dengan sentuhan halus teal blue yang memberi dimensi warna yang elegan dan moden. Fabrik satin yang berkilau secara subtle menambah efek mewah tanpa kelihatan berlebihan, sekaligus mengekalkan aura classy yang sinonim dengan dirinya.
Rekaan ini turut menampilkan detail unik pada bahagian tangan, di mana elemen sambungan pada jari kelingking memberikan twist avant-garde yang jarang dilihat, menjadikan keseluruhan look lebih artistik dan fashion-forward.
Gabungan siluet panjang yang flowy bersama palet warna yang tenang ini menyerlahkan sisi sofistikated Dayang, membuktikan bahawa minimalisme dengan sentuhan kreatif masih mampu mencuri perhatian di pentas besar.
Aina Abdul
Aina Abdul tampil dengan sebuah persalinan haute couture rekaan Melinda Looi yang cukup dramatik dan penuh seni, menggunakan fabrik daripada jenama tempatan terkenal Good Morning Handkerchief untuk mencipta sebuah gaun yang benar-benar eksentrik dan rare.
Gaun ini menggabungkan warna putih dan merah dalam komposisi yang striking, memberi kontras visual yang kuat tetapi masih dikawal dalam estetika yang artistik dan elegan. Dengan rekaan high collar yang menambah elemen regal dan slightly avant-garde, keseluruhan siluet tampak sangat theatrical.
Tekstur kain sapu tangan yang diolah semula menjadi material couture memberi dimensi unik pada dress ini, menjadikannya bukan sekadar busana persembahan, tetapi juga satu statement terhadap kreativiti dan identiti fesyen Malaysia yang berani.
Marsha Milan
Marsha Milan memilih pendekatan yang lebih emosional dan flowy dengan persalinan gaun labuh berlapis yang menonjolkan elemen feminin dan dramatik secara halus. Gaun berona ungu gelap ini diperkaya dengan lapisan sheer yang ringan, menghasilkan efek pergerakan yang lembut setiap kali beliau bergerak di atas pentas.
Siluetnya yang longgar dan bertingkat memberi rasa ethereal, seakan-akan terapung, selari dengan penyampaian vokalnya yang penuh jiwa. Tanpa perincian yang terlalu sarat, kekuatan look ini terletak pada tekstur dan flow kain itu sendiri, menjadikan keseluruhan penampilan Marsha tampak effortless tetapi tetap meninggalkan impak visual yang kuat.
Aisha Retno
Aisha Retno tampil dengan gaya yang lebih bold dan edgy, menggabungkan elemen feminin dan struktur moden dalam satu persalinan. Busana berasaskan lace putih ini dipadankan dengan korset berstruktur yang jelas menonjolkan siluet tubuh, memberi sentuhan sensual tetapi masih terkawal dalam estetika yang artistik.
Layer lace yang sheer dari atas hingga ke bawah mencipta ilusi yang ringan namun dramatik, manakala potongan yang menyerupai gabungan dress dan pants menambah elemen eksperimental pada keseluruhan look.
Ditambah dengan styling rambut beralun dan solekan yang lebih fierce, Aisha berjaya membawa aura yakin dan sedikit rebellious, menjadikan penampilannya antara yang paling standout dan fashion-forward di pentas.
Wani Kayrie
Wani Kayrie tampil dengan interpretasi moden busana tradisional yang cukup mneyerlah, menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan kontemporari. Persalinan rekaan Eyzad Elfie ini menampilkan gabungan rona hijau zamrud dan emas mewah, diperkaya dengan fabrik lace daripada Mimie Lace yang menambah tekstur halus dan feminin.
Siluetnya diinspirasikan daripada busana tradisional Melayu, namun diperbaharui dengan potongan yang lebih berstruktur dan layering yang dramatik pada bahagian samping, memberikan efek yang lebih menonjol.
Aksesori seperti tanjak moden dan perhiasan emas melengkapkan keseluruhan gaya, menjadikan penampilan Wani bukan sahaja elegan, tetapi juga sarat dengan identiti budaya yang diolah secara segar dan relevan di pentas masa kini.







