Tweet yang ditulis oleh Wak Doyok undang tanda tanya akan ikatan tunangannya dengan Azrinaz Mazhar Hakim, bekas personaliti TV3.
Tweet tersebut bunyinya seakan member gambaran yang ikatan pertunangannya dengan Azrina sudah terlerai. Tulisan Wak Doyok di akaun Twitter miliknya seakan meluahkan perasaan sedihnya lantas menjadi bualan ramai pengikut-pengikutnya. Ramai juga pengikut-pengikutnya di Twitter memberikan kata-kata positif padanya.
Dia yang terkenal dengan gaya misai melentik tidak mahu mengulas lanjut akan status berkenaan meskipun dihubungi oleh pihak media. Dirinya yang kini sedang berada di Jakarta menghadiri acara mempromosi produk keluarannya Legasi Wak Doyok di sana enggan memikirkan soal tersebut pada ketika ini.
Wak dan Azrinaz dilaporkan bertunang pada bulan Julai lepas dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri hanya ahli keluarga terdekat sahaja. Meskipun Wak masih tidak mengesahkan atau menafikan perkara berkenaan, boleh dilihat menerusi akaun Instagram miliknya sudah tiada lagi gambar-gambarnya bersama Azrinaz.
Tidak mahu menghiraukan apa yang orang katakan, personaliti terkenal itu hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa.