Raysha Rizrose dikecam netizen pabila menghadiri ke Anugerah Skrin 2016 dengan gaun seksi dan dituduh tidak memakai bra.
Meskipun dikritik teruk oleh pengikutnya di laman sosial, Raysha langsung tidak mempedulikan apa yang peminatnya cuba sampaikan kepadanya.
Bagi adik kepada Nelydia Senrose ini, dia menganggap kritikan pengikutnya itu langsung tidak berasas.
“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya. Ramai juga mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal, kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu. Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro.
Gambar Raysha yang memakai gaun rekaan Nadia Marni yang menampakkan lekuk tubuh seakan tidak memakai bra itu sebenarnya dikongsikan oleh kakaknya Nelydia di laman Instagram.
Rata-rata pengikut Raysha menasihatkan pelakon muda ini untuk memakai pakaian yang lebih sopan dan tidak mendedahkan segala bentuk tubuh badannya kepada umum.
Berikutan banjiran kata-kata negatif di antara peminatnya, Nelydia terus menutup ruangan komen di gambar tersebut untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan di antara pengikutnya.
Walaubagaimanapun, Raysha menjelaskan yang mana potongan gaun tersebut yang membuatkan dia kelihatan seperti tidak memakai pakaian dalam.