Harith Iskander berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan komedi antarabangsa, Funniest Person In The World.
Perlawanan akhir pertandingan komedi ini bakal berlangsung di Finland, esok, jam 1 pagi hari Jumaat waktu Malaysia.
Harith mensyukuri atas kejayaannya yang berjaya memasuki peringkat akhir di pertandingan tersebut. Menerusi laman Instagram miliknya, boleh dilihat sebuah video yang dimuat naik olehnya.
“Yeay, saya berjaya ke peringkat akhir! Terima kasih Malaysia kerana sentiasa menyokong saya, juga kepada masyarakat luar yang baru mengenali saya dan mengundi hingga ke tahap ini. “Doakan yang terbaik buat saya untuk bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan pada jam 1 pagi lusa waktu Malaysia,” katanya.
Harith bakal bersaing dengan lima orang peserta lain di peringkat akhir itu nanti. Juara pertandingan Funniest Person In The World bakal membawa pulang wang tunai sebanyak US$100,000 dan siri jelajah di sekitar Amerika Syarikat.
EH! ucapkan tahniah buat Harith Iskander dan semoga segalanya berjalan dengan lancar.