Merah jambu, hijau, merah dan kuning. Oh, semuanya cantik-cantik belaka. Memakai setiap satu warna boleh menambah ‘mood’ untuk melakukan apa jua aktiviti. Tetapi, adakah warna juga melambangkan personaliti? Well honey, check this out!
Miss Pinky!
THEY ARE HOT! Merah jambu adalah lambang feminin. Gadis yang sukakan rona ini adalah golongan yang sangat sweet, sensitif, lembut dan sangat gemarkan gaya yang menonjolkan sifat keperempuanan. Dalam apa jua keadaan, pinky girls gemar berfesyen dan suka tampil cantik. Paling menarik, biarpun mereka kelihatan lembut, namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan apa jua cabaran!
Jaket Polos, MNG |
Palet pemerah pipi dan pembayang mata, CLINIQUE MILLY PALETTE ICON, RM180 |
Palet pembayang mata, CHANEL LES 4 OMBRES QUADRA EYE |
Beg bergancu, MULBERRY |
Sepatu moccasin, CLARKS |
Gaun polos leher tinggi, SHANGHAI TANG |
Bedak kompak, SHISEIDO MAQUILLAGE LIGHTING WHITE POWDERY UV, RM150 |
Sepatu flip flops, HAVAIANAS |
Miss Earth!
SHE’S SO CALM! Ya, warna hijau tidak hanya melambangkan kesegaran. Malah, hijau juga berupaya menenangkan perasaan dan jiwa seseorang. Gadis yang menggemari rona ini sukakan keamanan, tidak mudah panik dan sentiasa tenang walau dalam kesusahan. Uniknya mereka apabila gaya low profile menjadi pilihan utama untuk menerajui kehidupan. Mereka juga mudah didekati walau sedikit pendiam dan pemalu!
Skarf berjalur, ELLE GIRL, RM49.90 |
Pewarna kuku berkilau, ANNA SUI |
Rantai berjalur, LOUIS VUITTON, RM8400 |
Skirt labuh polos, MNG |
Beg hijau vintaj, MNG |
Penggaris mata metalik, INGLOT |
Palet pembayang mata, AVON TRUE COLOR EYE QUAD |
Pumps lutsinar berbunga, FURLA |
Miss Diva!
BRAVE ‘N SEXY! Merah tanda cinta. Merah juga simbol keberanian. Gadis yang tidak lekang daripada warna ini memiliki personaliti menarik tetapi sukar dijangka. Sifat ingin mencuba dan berani memang mudah dilihat dalam diri mereka. Pantang dicabar, pasti mereka sahut dengan daya keyakinan yang tinggi. Mereka juga memiliki sifat anggun dan seksi yang semulajadi. Berilah apa jua helaian fesyen, mereka pasti bijak menggayakannya dengan penuh persona yang sensual!
Jaket bercetak, PEACOCKS |
Pengilat bibir, INGLOT |
Rantai fringe, DIOR |
Celana panjang bercetak, TOPSHOP |
Gaun merah beriben, MNG |
Gel mandian, BODYSHOP STRAWBERRY SHOWER GEL, RM19.90 |
Anting-anting bejewelled, LOUIS VUITTON |
Pump bercetak flora, CROCS, RM129 |
Miss Sunshine!
SO BRIGHT! Senyuman dan gelak tawa cukup sinonim dengan si manis yang sukakan warna kuning. Memiliki karakter yang ceria, easy going dan happy go lucky, sukar untuk melihat mereka berwajah muram. Tidak hairanlah mengapa mereka sungguh bijak, setiap perkara dalam kehidupan dilaluinya dengan berfikiran positif! Selain ceria, golongan ini juga suka membuatkan orang lain ketawa. Pendek kata, they are really fun to be with!
Blazer rona terang, MNG |
Wangian, ANNICK GOUTAL LE CHEVREFEUILLE 50ML EDT, RM369 |
Pembayang mata, SHU UEMURA M YELLOW |
Baju berperincian flora, DOROTHY PERKINS |
Sepatu tinggi, DIOR |
Tas clutch berjalur, FENDI |
Gaun kemeja berjalur pastel, KATE SPADE |
Maskara, The Magnum Volum’ Express Super Filem, RM35.90 |