Mariah Carey yang dikatakan sudah move on dengan pembatalan perkahwinannya bersama billionaire, James Packer dirakam membakar gaun Valentino yang sepatut dipakainya pada hari tersebut menerusi video muzik I Don’t.
Menerusi laporan media antarabangsa, Carey membakar gaun yang bernilai USD$250k tu kerana baginya ia adalah satu momen dan peluang yang ada.
Katanya, “Ia adalah satu peluang yang ada. Kenapa tidak? Di situ ada kawah api dan di situ juga ada gaun. Jadi campak sahaja ia ke dalam api. What’s the big deal?”
Kesahihan gaun tersebut telah disahkan yang mana gaun yang dibakar itu adalah gaun tulen Valentino yang bernilai ratusan ribu USD yang Carey rancang untuk gayakan ketika perkahwinannya di Bora Bora.
Carey dan bekas tunangnya, billionaire James Packer memutuskan tali pertunangan mereka pada Oktober tahun lalu. Penyanyi yang dikhabarkan mempunyai asset bernilai lebih US$500 juta itu sudah pun mampu untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Bukan hanya move on di dalam karier muziknya, Carey juga dilihat sudah boleh memulakan hubungan cinta yang baru iaitu bersama Bryan Tanaka yang juga merupakan penari pengiringnya.
Carey dan Tanaka mula mengadakan hubungan istimewa sejak dua bulan selepas perpisahan Carey dan Packer.