Hotel butik, KL Journal ibarat permata bersinar di tengah-tengah hutan konkrit bandar Kuala Lumpur.
Ilham dekorasi moden retro menyelubungi seisi bangunan lama Hotel KL Journal. EH! Lampirkan fakta menarik yang pasti membuat anda teruja untuk menginap di hotel serba keunikan ini:
1. Landmark berdekatan dengan Bukit Bintang
KL Journal ini terletak di 30, Jalan Beremi Off Jalan Sultan Ismail 50200 Kuala Lumpur. Yakni berdekatan dengan bangunan HSBC Bukit Bintang. Hotel moden kontemporari ini dimiliki oleh Beremi Holdings Sdn Bhd
2. Sesuai untuk ‘Backpackers’ atau pengembara solo
Konsep di Hotel KL Journal ini cukup urban dan mudah bagi backpacker’s yang ingin menginap secara sekejap dan bersendiri. Setiap ameniti yang tersedia serba lengkap seperti kolam renang infiniti di rooftop saltwater,gimnasium termasuklah akses internet secara percuma.
3. Bertindak sebagai ‘Penanda’ utama khas bagi travelog
Jika anda ingin menyingkap diari travelog anda punya segala idea mengenai suasana bandar Kuala Lumpur, hotel KL Journal mengalu-alukan anda menceritakan pengalaman sepanjang berada di sana. Malah, turut membuat promosi bagi sesiapa yang ingin mengelilingi bandar Kuala Lumpur dengan pakej percuma HopOn-HopOff.
4. Inspirasi dekorasi moden dan art deko
Mengekalkan DNA lama KL Journal, mengetengahkan dekorasi dalaman zaman melayu pertengahan disuaikan bersama stail lebih moden dan art deko.Malah turut, memeriahkan inspirasi ikonik klasik Malaysia dengan gabungan mood eklektik.
5. Komuniti kreatif di Workers Union
Salah satu highlight utama KL Journal! Iaitu ruang Workers Union di tingkat 1. Sesuai bagi anda yang ingin berkumpul bersama teman atau membuat mesyuarat bersama team kreatif. Kerana suasananya lebih kepada kreativiti di setiap bilik bersama hiasan dinding serba quirky dan menarik.