Tidak bersetuju dengan tindakan Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini dikatakan seakan menyindir Fattah Amin dalam tweetnya, Neelofa memberikan maklum balas akan perkara itu.
Meskipun Sharnaaz menafikan sindiran pedas itu merujuk kepada Fattah, Neelofa sendiri akui yang dia kurang bersetuju dengan tindakannya itu.
Bagi Neelofa, Sharnaaz sebaiknya tidak bersifat lantang mengkritik sedemikian rupa di laman maya kerana keluarga mereka turut merasakan tempiasnya.
“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran,” kata Neelofa kepada Utusan Online.
Neelofa merasakan yang mana Sharnaaz sepatutnya mengkritik pihak luar yang cuba mengapi-apikan aktor tersebut kerana ia telah menyebabkan perbalahan sesama peminat di laman sosial.
Sharnaaz sebelum ini juga menyatakan yang mana dia agak kurang puas hati dengan peminat Fattah yang terlalu taksub dan menggilakan pelakon itu meskipun dalam kejadian tersebut.