Bapa borek anak rintik. Kini giliran anak kepada Johnny Depp pula menempa nama di persada hiburan antarabangsa. Lily-Rose Depp kali ini diangkat untuk menjadi wajah buat kempen terbaru kosmetik Chanel Rouge Coco Gloss.
Berdarah muda remaja, aktres yang bakal menggegar dunia, Lily-Rose Depp sudah pun menjadi wajah untuk N°5 L’EAU. Dia bijak dalam mengetengahkan generasinya dengan nilai-nilai kebebasan serta kesempurnaannya yang lebih bold sekaligus membawakan solekan muda segar dalam kecantikan semula jadinya.
Pada mulanya, Lily melangkah ke alam karier lakonan pada tahun 2014 pabila muncul sebagai cameo di dalam filem Tusk yang diarahkan oleh Kevin Smith dan baru-baru ini dia membintangi tiga buah filem lagi iaitu Yoga Hosers, Planetarium dan La Danseuse yang mana dia dicalonkan sebagai Most Promising Actress di dalam César Award.
Kempen kosmetik terbaru dari Chanel iaitu Rouge Coco Gloss ini menampilkan 24 rona yang menggiurkan. Tekstur gloss yang lebih ringan serta segar membuatkan look muda Lily-Rose lebih menyerlah.
Dari rona paling nude ke rona terang berani, setiap warna direka secara peribadi oleh Lucia Pica. Rouge Coco Gloss dijual pada harga RM120, Rouge Coco Stylo (RM120), Rouge Coco (RM120) dan Le Vernis (RM95).
Rahsia pada formulasinya adalah kompleks hydraboost. Mengandungi lilin semula jadi jojoba, bunga matahari dan mimosa, ditaburkan dengan derivatif minyak kelapa semula jadi, ia memberikan lebih keselesaan pada pemakai serta menghidratkan permukaan bibir dengan lebih lama.
Dengan ciri-ciri gel-likefinish, Rouge Coco Gloss memberikan iluminasi bibir tampak seakan cermin berkilau. Bersama kombinasi polimer film-forming, permukaan bibir yang dioles dengan gloss baru ini memantulkan cahaya pada setiap arah. Ditambah pula dengan oligopeptide volumizing semula jadi yang membuatkan bibir tampak lebih mungil dengan setiap aplikasi.
EH! secara eksklusif kongsikan gambar di sebalik tabir penggambaran kempen terbaru CHANEL Rouge Coco Gloss bersama Lily-Rose Depp. #ILOVECOCO#ROUGECOCOGLOSS