EH! butirkan rangkaian produk lengkap yang digunakan untuk mencipta solekan yang timeless, namun masih kelihatan moden dan muda.
Pagi itu call time penggambaran kami seawal jam 8.00 pagi. Ameera datang dengan persalinan santai; tank top, hoodie dan joggers kelabu. Dia santai berselipar. Wajahnya polos, menyerlahkan kulit aslinya yang memang bebas cela dan mulus. Rambutnya dibiar mengurai malas-malas.

Untuk penggambaran muka depan ini, kami bekerjasama dengan jurusolek, Rae Sok dan menggunakan rangkaian produk dari Dior Beauty. Untuk asas solekan, wajah Ameera terlebih dahulu dilembapkan dengan Dior Capture Le Serum dan Dior Capture Creme Fine.
Untuk bedak asas pula, mestilah Dior Forever Skin Glow (kod 0N) menjadi pilihan, dan mana-mana bahagian yang perlu disamaratakan, penyamar noda; Dior Forever Skin Correct (kod 0N) dicalitkan.
Untuk riasan mata Ameera Khan, Rae Sok menggunakan Diorshow 5 Couleurs 670 Suset Bronze pada kelopak mata serta sapuan Diorshow Overvolume Waterproof 090 Overlook pada bulu mata untuk efek mata yang lebih menyerlah.
Pada bahagian pipi, layangan Dior Forever Nude Bronze Glow 031 Coral Bronze beradun mesra dengan Dior Forever Blush Soft Filter 01 Petal. Untuk bibir, gandingan Dior Addict Lip Maximizer 053 Golden Hour dan Rouge Dior on Stage 120 Iconic Rose membuat bibir mungil mempesona. Tidak lupa, semburan Dior J’adore Intense Parfum membuat mood sepanjang penggambaran lebih segar dan fun!





