Umum tahu yang mana keluarga Rozita Che Wan tidak sah jika tidak menyambut ulang tahun kelahiran di luar negara. Kali ini sempena ulang tahun kelahiran ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini, Che Ta memilih untuk terbang ke London.
Hari ini (9 Mac) merupakan hari ulang tahun kelahiran Che Ta yang ke-44 tahun. Percutian Che Ta kali ini turut ditemani oleh tiga orang anaknya bersama adik-beradiknya yang lain. Namun, suaminya, Zain Saidin tidak dapat mengikutinya ke sana.
Ia merupakan tahun ke-2 buat Che Ta meraikan ulang tahun kelahiran tanpa suami di sisi, yang mana tahun lalu Che Ta meraikannya dengan terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah.
“Zain sedari awal memang tidak dapat menyertai rombongan kami kerana dirinya sudah pun terikat dengan komitmen perniagaannya. Apakan daya, dia memang kena dahulukan kerja. Sedih juga kerana pemergian dan sambutan hari lahir ini tanpa dirinya. Bagaimanapun, suami sudah mengizinkan saya menyambutnya di sana,” kata Rozita kepada BH Online.
Che Ta turut mengakui yang mana dia sudah pun melangsaikan bayaran cukainya yang tertunggak sebelum ini. Jadi, baginya tiada lagi isu untuk dirinya tidak boleh terbang ke luar negara.
Genap 44 tahun, Che Ta hanya berharap semoga segalanya yang terbaik buat kehidupannya serta segala bidang yang diceburinya.
Percutian Che Ta semestinya tidak sah juga tanpa sebarang jurugambar yang turut serta. Jadi EH! kongsikan gambar percutian Che Ta di kota London.