Bekas model Victoria’s Secret, Miranda Kerr akhirnya berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat, Evan Spiegel.
Miranda dan Evan telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di kediaman milik bekas isteri kepada Orlando Bloom itu di Brentwood, California. Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan rapat mereka sahaja.
Bahkan, majlis itu hanya dihadiri 50 jemputan khas yang mana mereka dijemput menaiki limosin hitam di sebuah lokasi sebelum mereka dibawa ke kediaman Miranda itu.
Keluarga Miranda pula dibawa terbang dari kampung halamannya di Gunnedah, New South Wales Australia ke situ. Hakikatnya, Miranda dan Evan telah tinggal bersama sejak setahun yang lalu di kediaman itu.
Ketika majlis itu berlangsung, Miranda sempat menyanyikan sebuah lagu berjudul You’re Still The One nyanyian asal Shania Twain.
Model cantik menawan itu membeli rumah agam itu pada harga $USD12juta (RM51juta) dari pelakon Harrison Ford. Pasangan ini mula berkenalan tiga tahun lalu. Mereka bertemu di sebuah parti di New York dan kemudiannya mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Perkahwinan Miranda dan Orlando sebelum ini hanya berkekalan selama tiga tahun selepas mereka berkahwin pada Julai 2010. Mereka telah dikurniakan dengan seorang anak.