Sebelum ini ramai pengikut Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dapat merasakan yang mana pasangan selebriti ini seakan mempunyai hubungan istimewa dan pada hari raya ke-6 yang lalu, Sufian dikatakan telah menghantar rombongan merisik aktres tersebut.
Sufian bersama keluarganya berkunjung ke kediaman Elfira pada Jumaat lalu dan dikhabarkan yang mana pelakon tersebut telah pun menerima sebentuk cincin sebagai tanda dirisik.
Menurut laporan Harian Metro, Sufian berasa bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Ujarnya lagi, “Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagi saya ia perkara baik jadi doakan saja semuanya. Cuma buat masa sekarang belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai majlis perkahwinan. InsyaAllah jika sudah ada ketetapan kami pasti berkongsi kepada semua.”
Majlis merisik tersebut berlangsung hanya bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Pada masa yang sama, Sufian menyatakan yang mereka sekeluarga turut datang untuk beraya.
Topik Berkaitan : Vogue Gelar Elfira Loy Selena Gomez Malaysia
Bagi penyanyi lagu Terakhir itu, pihak keluarga masing-masing telah pun merestui hubungan mereka yang terjalin sejak empat bulan yang lalu dan disebabkan itu baginya sudah sampai masa untuk mereka membawa hubungan itu ke tahap yang lebih serius.
Sebelum ini, Elfira dan Sufian mula hangat diperkatakan pabila pelakon popular itu memuat naik gambar membuat majlis kejutan sempena ulang tahun kelahiran Sufian dengan membawanya menaiki helikopter. Elfira juga pernah menerima sejambak bunga ros di hari kelahirannya yang ke-23 dari penyanyi tersebut pada bulan Mac lalu.
https://www.instagram.com/p/BV9-zQJDuO-/?taken-by=elfiraloy&hl=en
Rata-rata pengikut laman sosial pasangan ini di Instagram membanjiri gambar yang mereka muat naik bersama seisi keluarga dengan ucapan tahniah serta mendoakan segala persiapan mereka berjalan lancar.