Kemunculan Yuna dalam majalah Vogue Arabia isu Julai/Ogos melakar sejarah fesyen kerana penyanyi berhijab itu merupakan selebriti Malaysia pertama di majalah muka glossy itu! Khabar berita gembira ini disampaikan oleh beliau tatkala berkongsi foto di akaun Instagramnya.
Namun demikian, usah kamu tersalah lihat — ia tidak bermakna Yuna dijadikan wajah muka hadapanVogue Arabia, tetapi keanggunannya dipaparkan di pembukaan kolum “Lens” yang judul “Hijabi Crush” — Model, Jourdan Dunn is the cover girl buat isu itu, tetapi kami tetap bangga akan milestone fesyen penyanyi kelahiran Malaysia ini!
“I’m over the mooooon! I’m in the July/August issue of #voguearabia, with @jourdandunn on the cover, and lil ol me on the inside. Thank you @voguearabia this is so cool,” tulis penyanyi Dan Sebenarnya itu di ruang kapsyen. Yuna juga telah kongsikan pendapat beliau akan hijab dan mengapa sehelai kain dapat memberi mesej yang besar dan ketara.
Penggambaran tersebut diabadikan oleh jurufoto Los Angeles, Aja Hitomi. Yuna telah menggayakan dress kelabu rekaan teman rapatnya, Hatta Dolmat.
https://www.instagram.com/p/BW6EIn7g8cX/?taken-by=yunamusic&hl=en
Sumber: GLAM Malaysia
Foto: Instagram Yunamusic & Hatta Dolmat