Walaupun Orang Korea kurang fasih berbahasa Inggeris, namun ia tidak bermaksud mereka tidak mesra dengan pelancong. Malah, orang Korea sangat ramah melayan bangsa asing yang menggemari budaya Korea apatah lagi individu yang fasih berbahasa Korea.
Atas dasar itu, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan buat pelancong yang pasti merapatkan silaturahim antara bangsa asing dengan orang Korea. Malah, bangsa Korea sendiri sangat mengalu-alukan aktiviti berkenaan bersama pelancong.
Apa yang pasti, aktiviti berkenaan dibuat bersesuaian dengan Korea yang dikenali sebagai negara empat musim. Istimewa buat pembaca EH! Korea Buzz, jejaka tampan dari Leisure Korea iaitu Kang Won Suk atau lebih mesra dipanggil Sam Kang berkongsi aktiviti yang sangat digemari orang Korea untuk dilakukan bersama bangsa asing yang terdiri daripada pelancong, pelajar mahupun ahli perniagaan yang datang bertandang di Korea.