Keinginannya untuk membesarkan lagi keluarganya tidak digalakkan oleh doktor kerana ditakuti bahaya buat kondisi kesihatan Kim K dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang.
Menerusi laporan media antarabangsa, identiti ibu tumpang pasangan berpengaruh ini telah diketahui yang mana dia merupakan seorang wanita African-American yang berusia 20-an dan sudah berkahwin selama lima tahun.
TMZ melaporkan yang mana wanita tersebut adalah seorang graduan kolej yang mempunyai dua orang anak. Tambah lagi, ibu tumpang tersebut dikatakan sempurna fizikal dan sifat serta perkahwinannya juga dalam keadaan yang solid.
Bahkan, wanita tersebut juga dikatakan mendapat sebagai Democrat yang mana tanpa ragu-ragu sememangnya baik dengan Kardashian, yang baru-baru ini menyokong Presiden Republican Donald Trump.
Kim dan Kanye yang sudah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu North (4 tahun) dan Saint (1 tahun) bakal menimang cahaya mata ketiga pada bulan Januari nanti.
Pasangan popular ini mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan anak ketiga kerana isu kesihatan Kim yang tidak menggalakkannya untuk hamil sekali lagi sejak kehamilannya sebelum ini.
Doktor Crane memberi amaran kepada Kim dan menyatakan,”Saya rasa, kehamilan Kim sebelum ini kerana dia mempunyai toxaemia, dia masih mempunyai plasenta di dalam rahim, sangat traumatik, dan kami sangat bimbang akan komplikasi yang lebih dahsyat untuk kehamilan seterusnya. Saya rasa ia berpotensi sangat merbahaya. Mungkin Kim merasakan yang dia tidak akan mengalami masalah yang sama tetapi kebarangkalian ia akan jadi lebih teruk. Ada keadaan yang mana plasenta yang masih ada di dalam rahim bermain dengan soal hidup dan mati.”
Masalah kesihatan Kim ini sebenarnya bermula sejak dia hamil anak pertamanya iatu North selepas doktor mendapati yang dirinya mempunyai risiko tinggi terhadap placenta accreta.
Kondisi ini sebenarnya sangat jarang berlaku yang mana pabila plasenta melekat terlalu dalam di atas dinding rahim dan ini boleh mengancam nyawa kerana pesakit boleh kehilangan tiga ke lima liter darah ketika proses melahirkan.
Kim mengesahkan pada bulan lalu yang mana dia dan suami sangat berharap untuk mempunyai seorang lagi anak, namun masing-masing mengunci mulut akan informasi penuh.
Isteri kepada Kanye ini juga pernah bercakap soal ibu tumpang pada satu masa lalu, dan dia juga dikatakan pernah bertanya kepada adik- beradiknya iaitu Kourtney dan Khloe jika mereka rela untuk melahirkan anaknya.
“Seluruh keluarga turut menyokong keputusan itu. Dengan keadaan kesihatannya yang lalu yang tidak membenarkan untuk hamil, Kim merasakan yang dia patut menggunakan khidmat agensi ibu tumpang untuk mencari wanita yang sihat dan selayaknya untuk pasangan ini. Kedua-dua mereka sentiasa bersama untuk proses ini,” ujar sumber kepada People.
Laporan ibu tumpang itu mula berlegaran di laman sosial sejak bulan Julai lalu.