Legenda fesyen berusia 77 tahun itu melepaskan nafas terkahirnya selepas menghadapi serangan jantung Sabtu lalu di Paris, Perancis.
Legenda fesyen juga couturier ikonik kelahiran Tunisia, Azzedine Alaia telah menghembuskan nafas terakhirnya di kota Paris. Pereka yang berusia 77 tahun dilaporkan menghadapi serangan jantung oleh French Haute Couture Federation pada hujung minggu yang lalu.
Azzedine Alaia digelar ‘King of Cling’ kerana cukup terkenal dengan rekaan yang sangat sempurna membaluti tubuh wanita. Grace Jones, Lady Gaga, Michelle Obama dan Rihanna antara nama besar yang pernah menyarungkan rekaan ikoniknya.
Pernah bekerja di rumah fesyen Christian Dior, Guy Laroche dan Thierry Mugler, dia mementaskan koleksi Fall 2017 Haute Couture yang juga merupakan koleksi terakhirnya dengan menyaksikan muse juga teman rapat, Naomi Campbell membuat kemunculan eksklusif di kota Paris.
EH! senaraikan gaun-gaun ikonik yang pernah dihasilkan oleh Azzedine Alaia: