Kim Kardashian West dan Kanye West kini bergelar ibu dan bapa kepada tiga orang anak dengan kelahiran bayi nombor tiga mereka menerusi ibu tumpang.
Pasangan ini turut sama berada di bilik bersalin ketika wanita yang bergelar ibu tumpang itu melahirkan bayi nombor tiga mereka, bahkan bintang realiti tv itu turut menjadi yang pertama menyentuh kulit ke kulit dengan bayi itu.
Isnin lalu pasangan ini telah menyambut anak perempuan mereka yang masih lagi tidak diketahui namanya sehingga sekarang ini meskipun sudah ada khabar yang mengatakan seakan Kanye menyukai akan nama Donda.
Bayi ketiga pasangan ini akan turut serta bersama kakak sulungnya, North West, 4 tahun dan abangnya, Saint West yang berusia 2 tahun.
“Kedua-duanya Kim dan Kanye berada di bilik bersalin pada ketika itu. Kim telah menyaksikan kelahiran tersebut dan menjadi individu yang pertama menyentuh anaknya itu kulit ke kulit ketika dia dilahirkan. Walaubagaimanapun Kanye menunggu di belakang langsir bilik bersalin tersebut dan terus mendukung bayi itu selepas Kim,” ujar sumber terdekat dengan keluarga itu kepada portal E! News.
Tambahnya lagi, bayi tersebut kini sudah berada di rumah pasangan itu.
“Proses kelahiran berjalan dengan baik. Kim sentiasa berada di kamar itu sepanjang proses melahirkan. Keluarga terdekatnya turut berada di ruangan menunggu menantikan kelahiran bayi tersebut. Saat bayi tersebut dilahirkan, mereka semua pergi melihatnya,” tambah sumber.
Menerima adik baru, North Saint dikatakan teruja akan kehadiran adik perempuannya dan sangat membantu. Kim dikatakan sangat bersyukur dan dia seakan tidak percaya telah dikurniakan dengan tiga orang anak.
Keputusan untuk melakukan proses ibu tumpang demi untuk mendapat anak ketiga dibuat selepas Kim mengalami komplikasi dengan dua kali hamil yang mana melalui preeclampsia awal ketika mengandungkan North dan masalah selanjutnya semasa hamilkan Saint.