Genap 3 tahun usia kucing paling popular di Malaysia ini, Bujibu Chempel. Sempena hari jadinya, Purina Malaysia jenama makanan haiwan peliharaan terkenal meraikannya dengan keluarga Hanis Zalikha, rakan media serta #BujiGang.
Majlis sambutan ulang tahun kelahiran kucing popular yang mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram itu diadakan di Pusat Perlindungan Haiwan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Ampang Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Purina Malaysia mengumumkan Bujibu sebagai duta jenama rangkaian makanan terbaru mereka iaitu Fancy Feast.
Menurut Pengurus Perniagaan Purina Malaysia, Lam Pui Yee, “Kami memilih Bujibu untuk menjadi duta Fancy Feast kerana ia mempunyai sifat-sifat yang ideal sebagai kucing Fancy Feast, terutama dari segi penjagaan yang penuh kasih sayang serta makanan terbaik yang diberikan kepadanya.”
Lokasi SPCA Ampang dipilih sebagai tempat untuk menyambut hari kelahiran Bujibu kerana untuk membalas jasa pertubuhan yang telah memainkan peranan utama dalam menjaga kebajikan haiwan peliharaan tempatan.
Malah, majlis itu dapat diserikan lagi dengan adanya kucing-kucing lain yang digelar #BujiGang selain mengedarkan 600 pek makanan kucing buat pusat perlindungan haiwan itu.
Upacara memotong kek turut dijalankan bersama rakan media dan seterusnya keluarga tersebut meluangkan masa dengan memberikan makanan kepada kucing-kucing yang ditempatkan di pusat jagaan itu.
Bujibu merupakan seekor kucing baka ‘British Shorthair’. Dengan personalitinya serta aksi-aksinya yang mencuit hati ramai menerusi gambar dan video di Instagramnya, Bujibu berjaya menjadi seekor kucing yang sangat popular di Malaysia. Bujibu sebenarnya dibiak oleh pemelihara kucing selebriti, Johan Eskandar yang mana juga pemilik Johan and His Cats. Ia berasal dari Rusia dan disebabkan itu Bujibu mempunyai nama keluarga Chempel.
Nak tengok aksi-aksi comel ketika sambutan ulang tahun kelahiran Bujibu Chempel yang turut ditemani Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen? Klik seterusnya.