Bertubuh tinggi lampai serta segak bergaya, bintang popular di bumi Indonesia ini sebenarnya anak kelahiran Kuala Lumpur. 12 tahun mencipta nama di tanah seberang, Miller Khan bersyukur kerana ia dapat menjadi aktor Malaysia yang cukup membanggakan sehingga hari ini.
Apa yang boleh dikatakan, bukan senang untuk menjadi seorang pelakon cukup terkenal di negara asing. Di usia kira-kira 19 tahun, Miller telah mula menceburi bidang lakonan di Indonesia. Dengan perbezaan bahasa, sudah semestinya ia sedikit sebanyak menjadi satu masalah pada awalnya, namun ia tidak langsung mematahkan semangat bintang kacak ini untuk terus berada di persada hiburan di sana.
“Masalah perbezaan bahasa itu semestinya ada pada awalnya, cuma ia memerlukan sedikit waktu untuk mengadaptasi. Dengan bergaul bersama teman-teman serta krew-krew produksi di sana, ia banyak membantu dari segi pertuturan saya di sana,” ujar Miller.
Kenali Miller Khan dengan lebih mendalam menerusi temu bual di bawah.