Bagi Nick Jonas, umur hanyalah sekadar nombor sahaja dan baginya, dia sukakan wanita lebih berusia kerana ia seakan satu tarikan buatnya.
Sesetengah orang akan menganggap hubungan Nick Jonas dan Priyanka Chopra agak kritikal kerana perbezaan usia mereka yang agak ketara iaitu 11 tahun tetapi hakikatnya pasangan ini tidak peduli akan soal usia mereka. Bagi mereka, usia bukan satu masalah bagi mereka.
Bahkan, Nick merupakan seorang yang suka akan jurang usia di antara dirinya dan Priyanka. Sumber terdekat dengan Nick mengatakan, “Dia sukakan wanita yang lebih berusia darinya dan baginya ia buatkan Priyanka mempunyai daya tarikan yang lebih. Jonas sememangnya lebih matang dari usianya sendiri.”
Pada tahun 2016, Nick yang ketika itu berumur 23 tahun dikhabarkan mempunyai kaitan dengan Kate Hudson yang mana berusia 37 tahun pada masa itu. Awal tahun ini, peminat membuat spekulasi yang penyanyi popular itu ada hubungan dengan Jenna Dewan, 37 tahun.
Meskipun Nick mungkin seorang yang suka berhubungan dengan wanita lebih berumur darinya, dilihat yang mana dia seakan tertarik kepada Priyanka lebih dari sekadar soal usianya.
“Dia nyata tertarik dengan kecantikan Priyanka tetapi dia juga tertarik pada kebijaksanaannya. Dia seakan mempunyai karisma dan tenaga yang menarik perhatiannya dengan lebih lagi. Dia juga cukup sebati dengan keluarga dan teman-teman sekeliling Nick,” tambah sumber lagi.
Minggu lalu, Jonas dan Chopra dilaporkan telah bertunang selepas dua bulan menjalinkan hubungan istimewa. Penyanyi dan bintang Quantico itu masih belum memberi maklum balas atau mengesahkan berita itu, tetapi sumber menguatkan kenyataan itu di mana mengatakan yang Jonas mengutarakan soalan itu di London ketika hari lahir Priyanka pada 18 Julai. Dia juga dikatakan menutup sebuah stor Tiffany & Co. agar dia dapat memilih sebentuk cincin buat Priyanka.