Mampu menghasilkan tekstur semi-matte seakan velvet yang boleh bertahan lama sepanjang hari, JILL STUART Beauty Lip Blossom Velvet bakal menjadi satu item pilihan ramai wanita yang mahukan bibir seksi.
Pelbagai jenis produk kosmetik yang dilancarkan di Malaysia tidak kira dari bahagian mata, pipi dan juga bibir. Masing-masing mempunyai kehebatan dan kelebihan masing-masing. Tetapi tidak semua mampu merealisasikan efek bibir seksi seperti mana produk terbaharu JILL Stuart ini.
Dengan teksturnya yang lembut dan ringan, ia mampu memberikan look sofistikated dan sentiasa memastikan permukaan bibir hidrat sempurna. Berformulasikan gel semi-matte untuk mencapai tekstur semi-matte, ia akan menghasilkan lapisan yang nipis serta memberikan perasaan yang sangat meringankan dengan rona yang cantik mampu bertahan sepanjang hari.
Tidak hanya menghasilkan efek rona seakan kelopak bunga, malah rekaan bekas lipstik ini juga direka seakan sejambak bunga. Yang menariknya lagi, bahagian penutup gincu Lip Blossom Velvet dihasilkan dengan sebiji opal Swarovski, bahkan apabila ditekan kelopak bunga tersebut, ia sekaligus membuka cermin kecil tersembunyi yang direka tertutup dibahagian atas penutup gincu itu.
Jill Stuart, pengasas bagi jenama ini lahir dan dibesarkan di New York. Ibu bapanya menguruskan sebuah wisma pakaian buat wanita. Seawal usia 15 tahun, dia telah mengumumkan koleksi pertama barangan kemas dan tas tangannya yang mana menarik perhatian stor belah belah terkemuka di Amerika, Bloomingdale’s.
Jill mempelajari bidang fesyen dan pada umur 27 tahun dia berjaya menghasilkan rangkaian fesyennya sendiri iaitu Jill Stuart. Dia membuka stor pertamanya di daerah New York’s SoHo, di mana dia memperkenalkan koleksi JILL STUART 1993 New York.
Pada tahun 2005, selepas sedekad pelancaran jenamanya, Jill melancarkan barangan kosmetik JILL STUART di Jepun. Kini Jill Stuart adalah seorang pereka fesyen yang menghargai setiap sokongan wanita muda tidak kira di mana jua berada.
Yang istimewanya untuk jenama ini, JILL STUART percaya yang mana setiap wanita lebih tertarik pabila mereka berada di antara dua fasa muda dan dewasa. Ketelusan pada usia muda dan keseksian yang terserlah pada wanita dewasa. Berkonsepkan ‘innocent sexy, JILL STUART dengan jayanya menghasilkan sifat innoncence dan sexiness yang ada pada setiap wanita untuk mewujudkan unsur comel dan kawaiiness.
Bercakap tentangnya, pastinya keinginan untuk mencuba ada serta merta. Anda boleh cubanya di Sephora Suria KLCC dan ketahui lebih informasi tentang jenama JILL STUART di sana.