Thank you everyone for coming and the support!
Akhirnya malam parti EH! TOP 20 telah berlangsung dengan meriah dan cukup lit dengan mengangkat tema neon untuk acara kali ini. Diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur sebagai lokasi rasmi, parti tahunan EH! ini sebenarnya ingin memberi pengiktirafan buat 20 selebriti tempatan tidak kira yang lama mahupun baru yang dilihat paling ‘in’ sepanjang tahun 2018 ini.
Figura yang menghiasi majalah EH! kali ini hadir dari pelbagai latar belakang yang menjadikan mereka berada di pentas hiburan industri sekarang ini. Dari yang mempunyai lontaran suara yang megah di susur radio, lakonan mantap di layar kaca mahupun perak, ke semua selebriti ini sememangnya yang paling hangat untuk EH! pada tahun ini.
Mendapat kerjasama dari label kecantikan antarabangsa, Chanel, setiap 20 selebriti yang mewarnai majalah EH! isu November 2018 ini diserikan dengan produk solekan Chanel.
Di acara EH! TOP 20 kali ini, nyata ia satu malam yang cukup havoc dengan banjiran selebriti tidak kira selebriti EH! TOP 20 sendiri mahupun selebriti undangan yang memeriahkan lagi acara pada malam itu.
Untuk EH! TOP 20 tahun ini, ia turut meriah dengan lima persembahan dari lima penyanyi terkenal tanah air iaitu termasuklah Ernie Zakri yang membuat persembahan pembukaan dengan lagu Sorry Not Sorry. Diselangkan dengan upacara penyampaian frame serta produk eksklusif dari Chanel buat selebriti EH! TOP 20 dan video di sebalik penggambaran isu ini, persembahan kedua adalah dari Zizi Kirana yang tidak lain tidak bukan membawakan lagu hitnya, NakKeTakNak.
Parti ini dihangatkan lagi dengan persembahan ketiga iaitu dari Ismail Izzani yang menggegarkan pentas EH! TOP 20 dengan lagunya yang berjudul Bidadariku. yang pertama kali mempersembahkan single terbaharunya yang berjudul Brutal di samping dua penari tambahan.
Persembahan ke-4 menambah lebih keterujaan ramai pabila Daiyan Trisha yang pertama kalinya mempersembahkan single terbaharunya yang berjudul Brutal di samping dua penari tambahan. Tidak habis di situ sahaja, malah Kaka Azraff turut membuat persembahan pada malam parti lit ini dengan lagunya, Sibuk sebagai penutup tirai.
Lebih dari 200 orang tetamu jemputan termasuklah selebriti, personaliti, influencer, rakan media, serta tidak lupa 10 orang pembaca bertuah yang mendapat jemputan eksklusif ke parti ini tidak hanya terhibur dengan sepanjang acara malam EH! TOP 20, malah juga berkesempatan membawa pulang goodie bag yang dipenuhi dengan barangan dari Kerastase dan 12.09 Candle Co.
Dihoskan oleh Nabil Mahir, parti EH! TOP 20 turut menerima sokongan dari rakan media, HLive. EH! mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir dalam memeriahkan lagi parti ini.
Berikut adalah gambar di sekitar parti EH! TOP 20 dari lensa Saufi Nazri.