Teks : Julia Azman
Generasi ketiga dan juga hampir 15 tahun berada dalam pasaran automotif dunia. Audi TT membawa kepada konsep pemanduan lebih dinamik, inovatif dan berteknologi canggih.
Audi TT punya reka bentuk ikonik sejak tahun 1995. Terkenal dengan pemanduan penuh cekap dan efektif. Rekaan unik ini membawa kepada Audi TT Coupe pertama yang diperkenalkan sekitar tahun 1998 dan TT Roadster tahun selepasnya. Kredibiliti Audi TT tidak boleh disangkalkan lagi apabila berjaya mencipta sebuah kenderaan berkonsep dan sports yang boleh dipandu untuk kegunaan harian.
Dalam reka bentuk formasi geometrik, Audi TT menggemparkan dunia automotif dengan gabungan beberapa elemen yang digabungkan untuk sebuah kereta sports bersaiz kompak. Antara yang menjadi highlight utama adalah seperti rekaan dalaman serba driver-oriented, rekaan rim tayar cukup progresif, rekaan bentuk kereta bulat dan cukup berkarakter dan dual-branch tailpipe.
Audi turut menampilkan sisipan terbaru model Audi TT untuk tahun 2018. Daripada versi basic kini ia bergabung dengan sistem pengendalian kenderaan terbaru serba cekap dan dinamik bagi model terkini. Termasuklah sensor pengesan hujan dan cahaya, suhu haba bagi tingkap pada bahagian luar serta multifungsi penyelarasan kemudi kereta. Audi TT Coupe 2.0 TFSI secara teknikal menggunakan sistem Audi valvelift dan turbocharging menempatkan 4 cylinder enjin petrol dengan kelajuan 250 km/h paling maksima untuk 5.9 saat (semuanya adalah bergantung kepada jenis enjin,transmisi, roda dan tayar
Spesifikasi untuk bahagaian hiburan pula, Audi tampil dengan sistem bunyi cukup elektronika dengan 5 channel amplifier bersama 9 pembesar suara, ruang kecil USB serta transmisi Bluetooth. Reka bentuk luaran Audi TT diberi penegasan cukup maskulin,progresif dan lebih lasak.Penggunaan lampu LED pada siang hari dan untuk semua cuaca serta penyuluh Xenon. Manakala reka dalaman lebih terserlah dengan ilham serba mewah dan sporty. Dibaluti dengan fabrik kulit kombinasi antara Alcantara sangat sesuai dengan gaya pengendalian kenderaan bertaraf sporty. Menarik jika anda menaiki Audi TT terbaru ini adalah sistematik penghawa dingin deluxe.
Biarpun ia sebuah kereta pecutan laju tetapi sistem keselamatan adalah keutamaan untuk Audi TT. Gabungan sistem 6 airbag dan kendalian elektronik stabiliti cukup pantas mengelakkan daripada kemalangan. Antara keselamatan yang diperbaharui adalah seperti Audi Hold Assist, Electtonic vehicle immobilization control, selektif sistem parker kenderaan, interior mirror bersama aksi automatik anti-glare, amaran tekanan tayar kenderaan, ISOFIX kerusi kanak-kanak, First Aid kit dan sistem Integral head restraint