Teks : Razin Mohd
Serlahkan jiwa ‘punk’ anda dengan rangkaian solekan musim percutian dari NARS yang tampil dalam bekas edisi terhad metal & spike!
Saban tahun NARS akan tampilkan kejutan menerusi koleksi percutiannya. Ada sahaja sesuatu yang istimewa ingin ditinjolkan, tidak terkecuali tahun ini. NARS menyuntik elemen punk pada bungkusan himpunan ini dengan elemen stad dan ‘duri’. Warna merah metalik mendominasi pembungkusan himpunan ini.
NARS mahu anda menerokai naluri diri yang lebih liar, berani dan tanpa batas menerusi hasil tatarias menggunakan himpunan alat solek baharunya HOLIDAY 2018 COLLECTION dalam palet warna bold dan bergemerlapan. Inilah masanya untuk anda berkesperimen dengan palet buat calitan bibir juga pembayang mata yang lebih bold dari biasa.
Setiap dari kita pasti memiliki sifat berani dalam diri yang mahu diterokai dan ditonjolkan. Seiring dengan bungkusan dan imej NARS yang sentiasa bold, EH! tampilkan penyanyi yang sentiasa berani dan energetik KAKA AZRAFF untuk menterjemah simbol ‘rebel’ dengan menggunakan solekan edisi terhad dalam gaya solekan yang cukup edgy supaya anda juga boleh tampil berani sepertinya.
Slide dibawah untuk ketahui solekan yang digunakan oleh KAKA AZRAFF dalam menyerlahkan gaya punk & rebel anda juga jadi idea untuk dijadikan bingkisan hadiah istimewa!