Teks : Khairul Abidin
EH! menemubual Jane Richardson, NARS Global Artistry yang sudah mengumpula pengalaman dunia solekan selama 16 tahun. Antara bintang ternama yang pernah mendapat sentuhannya ialah Diane Kruger, Mena Suvari dan Jessica Stevenson. Dia juga pernah menyolek untuk pelbagai pertunjukan fesyen seperti Thakoon, Rodarte, 3.1 Phillip Lim, Creatures of the Wind dan Erdem. Jom ikuti temubual kami bersama Jane yang banyak berkisar tentang gincu.
Apa yang kamu suka tentang pekerjaan kamu hari ini?
Banyak, dan tentunya apabila saya berpeluang mencipta pelbagai karakter dengan menggunakan alat solek seperti gaya yang edgy, lembut, elegan, garang dan sebagainya. Kerjaya saya juga membuka peluang saya bertemu dengan ramai orang, dan saya juga boleh bercerita menerusi gaya solekan yang saya cipta.
Jika seorang wanita hanya mampu memiliki sebatang gincu, apakah warna saranan kamu?
Pilih warna yang boleh membuatkan seseorang wanita tersenyum. Warna yang membuat mereka berasa yakin. Saya tiada saranan warna, mana-mana wanita harus pilih warna yang mereka suka. Usah biarkan orang lain yang tentukan rona gincu yang kamu patut pakai. Ikut saja gerak naluri kamu.
Orang selalu menjaga kulit muka tapi terlupa hendak menjaga kesihatan bibir. ADa tip yang boleh kamu kongsi?
Usah lupa lembapkan bibir. Rajin-rajinkan diri menyapu salap bibir. Dan usah lupa untuk exfoliate bibir sekali atau dua kali seminggu. Koleksi gincu Audicious NARS mempunyai ekstrak cendawan yang bagus untuk mencerahkan warna bibir. Kamu patut cuba.
Dolce Vita, Inappropriate Red, Impulse and Schiap antara warna ikonik di NARS. Boleh kamu kongsikan idea solekan menggunakan gincu ini?
Nama-nama gincu ini semuanya diisnpirasikan daripada pelbagai figura ternama. Dolce Vita jelas dan terang diinspirasikan daripada filem, jadi saya cadangkan gunakan gsolekan mata cat-eye. Cukup sekadar dengan penggaris mata. Schiap pula namanya diceduk daripada pereka fesyen Elsa Schiaparelli. Untuk gincu ini mungkin kamu boleh fokus pada solekan bawah mata untuk mencipta gaya yang lebih dark. Jika kamu mencalit Inappropriate Red, warnanya diinspirasikan daripada Marilyn Monroe, jadi gaya solekannya boleh ditiru.
Kongsikan tiga perkataan yang tepat menggambarakan NARS?
Playful, audacious dan kreatif.