Pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa mengumumkan kolaborasi sulung beliau bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Menurut Lofa atau nama sebenarnya Noor Neloofa Mohd Noor, inisiatif mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro ini adalah kerana kurangnya maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Tambahnya lagi, sebelum ini beliau perlu membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat-ayat tersebut namun kebanyakkannya ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar, malah akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran
Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu.
Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.
Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon, malah aplikasi ini juga boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna Muslim Pro dari seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa di iTunes dan Google Play Store.