
standard.co.uk
Teks: Azliany Mohamad
Penting sekiranya anda tahu warna apa yang sesuai untuk menutup cela wajah supaya kelihatan mulus dan berseri. EH! kongsikan beberapa rangkaian produk yang sesuai digunakan bagi mendapat solekan yang sempurna.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.

standard.co.uk
Teks: Azliany Mohamad
Penting sekiranya anda tahu warna apa yang sesuai untuk menutup cela wajah supaya kelihatan mulus dan berseri. EH! kongsikan beberapa rangkaian produk yang sesuai digunakan bagi mendapat solekan yang sempurna.

MAKE UP FOR EVER Redness Correcting Primer
RM169
OREN
Bagi anda yang mempunyai kulit gelap atau parut yang gelap, pigmentasi dan tompok hitam, colour corrector warna oren adalah jawapannya. Walaupun disapu pada kulit yang lebih gelap ia tidak akan mengalami perubahan ton warna. Harus ingat anda perlu memilih warna oren yang sesuai atau seakan warna asli kulit anda agar ia kelihatan sekata.
HIJAU
Andai mempunyai masalah kemerahan dan jerawat pada kulit, colour correctorrona hijau paling sesuai untuk menutup masalah ini. Selepas memakainya, sapukan penyamar noda rona coklat atau warna yang sesuai dengan warna kulit anda supaya warna kulit menjadi sekata.
UNGU
Rona ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit kuning langsat. Ia dapat menutup masalah mata panda iaitu lingkaran hitam pada mata. Selain itu jika anda memiliki kulit kusam rona ini sesuai digunakan oleh anda. Colour Corrector ini memberikan efek cerah dan segar pada wajah
KUNING
Jika lingkaran hitam di bawah mata anda berwarna kebiruan atau keungguan dan mempunyai kesan lebam pada wajah gunakan colour corrector rona kuning. Rona ini dapat mengubah atau menaikkan kembali warna kulit yang gelap menjadi cerah.
Input your search keywords and press Enter.