Di sebalik dunia hiburan Korea yang mencetus fenomena yang bersifat mega ialah kerja keras dan latihan yang berterusan setiap mereka yang menginginkan kemahsyuran dan kejayaan. Kelas latihan dan persediaan rapi berterusan sebelum mereka benar-benar layak bergelar bintang K-Pop. September lalu saya diajak ke Seoul untuk pergi mengenjuk kumpulan nyanyian K-Pop baharu yang dinamakan sebagai Fanatics the six. Mereka tampil dengan identiti unik bersama personaliti yang mudah didekati dan lihat sendiri bagaimana mereka menghabiskan masa dengan latihan, dan pada hujung minggu pula mereka mengajak saya dan menjenguk destinasi makanan dan tempat beli belah yang mereka gemari!
Suhu dingin dan angin yang berhembus perlahan menjadikan eksploarsi hari pertama lebih menyenangkan. Hari pertama tiba kami terus langsung berjumpa kesemua gadis Fanatics di salah sebuah pejabat di kawasan Gangnam dan menemubuat mereka berkenaan stail , kecantikan dan kehidupan sebagai seorang selebriti K-Pop. Ini antara butiran perbualan saya dan mereka.