Plaster jerawat digunakan untuk menutup jerawat yang tumbuh daripada merebak ke kawasan muka yang lain. Tahukah anda yang itu adalah MITOS tentang plaster jerawat? Apabila anda menggunakan plaster jerawat, ia telah menghalang jerawat daripada bernafas dan menyebabkan pori di tempat jerawat tersumbat. Sekiranya hal ini berlaku, ia boleh mengundang jerawat itu menjadi lebih teruk.
Gambar: www.blog.spaboutique.ca
Terdapat pelbagai cara boleh anda lakukan untuk merawat jerawat selain dari menggunakan plaster jerawat.
- Elakkan dari menyentuh jerawat menggunakan jari kerana jari kita tidak semestinya bersih selalu.
- Buang habit mengopek jerawat apatah lagi picit. Jika anda picit jerawat yang tidak matang ia akan menyebabkan kulit anda berparut.
- Biarkan jerawat kamu kecut dengan sendirinya, ini adalah langkah terbaik bagi mengelakkan parut di muka.