GAMBAR : MUHAMMAD ZULFIKRY / PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS : JULIA AZMAN / ARAHAN SENI : YANTIE BASHARUDIN
Bintang yang memiliki kulit wajah cerah Pan-Asian ini sentiasa dilihat manis kemana sahaja dia pergi, sentiasa bersama ibunya dan sering tersenyum jika bersua. Hari ini EH! tampilkan bekas peserta Dewi Remaja ini bersama beberapa gaya chic dan modest untuk membuka inspirasi fesyen anda!
Apa aktiviti seni terkini?
Sebaik Dewi Remaja tamat saya banyak menerima tawaran untuk peragaan dan juga menjadi wajah untuk beberapa kempen lokal. Saya turut menerima beberapa tawaran lakonan untuk drama dan ia masih dalam proses perbincangan.
Apakah momen raya paling diingati?
Momen di saat arwah nenek saya masih ada. Pulang beraya di kampung dan meriah dengan sanak-saudara. I have a big family, so it gets really crazy sometimes but I love it.
Siapakah pereka lokal pilihan anda dan mengapa?
Susah untuk memilih siapa paling saya gemar dan terbaik! Kerana bagi saya setiap pereka itu punya kelebihan dan kekuatan tersendiri. Tetapi nama pereka yang sering berada dalam minda saya ialah Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat dan Rico Rinaldi.
Siapakah it-girl pilihan anda?
Devon Lee Carlson. Saya terpikat dengan personalitinya malah dia punya gaya tersendiri. Dia tidak pernah gentar atau takut untuk mencuba sesuatu gaya yang baharu. Melihatnya membuat saya konfi den untuk tampil dengan berani.
Aktres pilihan anda pula?
Emilia Clarke. Bagi saya dia sangat mempesona dan sangat pandai berlakon dan mampu melakonkan pelbagai jenis watak. Saya mula jatuh cinta terhadapnya selepas menonton filem ‘Me Before You’. Walaupun dia mula terkenal dalam ‘Game of Thrones’ sebagai Daenerys Targaryen.