Gambar dari SHIYO JOO
Everyday feels like weekend now, biarpun semasa WFH anda bebas untuk membuat apa anda suka semasa bekerja dan kami percaya menjaga kesihatan kulit sudah jadi salah satu darinya!
Bagaimana kondisi kulit anda sekarang bila sentiasa ada dirumah? Adakah ia tampil lebih sihat atau sebaliknya? Adakah anda masih mengikut rutin penjagaan seperti hari-hari biasa? Atau sudah cuba rutin baharu? Semasa tempoh PKP, saya sering ke laman Sephora dan YouTube menonton siaran akaun kecantikan James Welsh, Beauty Within dan banyak lagi untuk mengetahui lebih mendalam tentang kadungan sesebuah produk penjagaan, tip dan reviu produk-produk terbaru, masa ekstra yang ada ini betul jadikan penulis bersemangat untuk merapi dan menyihatkan kulit dirumah.
Bila berbincang tentang kesihatan kulit, saya teringatkan seorang rakan celebrity makeup artist, Shiyo yang sering kelihatan mencantikan selebriti-selebriti tempatan seperti Ameera Khan, Neelofa, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Jejaka memiliki kulit putih mulus ini bukan sahaja pandai bersolek tetapi menjaga kulit juga sudah jadi satu perkara yang dia cukup arif. Oleh itu EH! ‘menjenguk’ dia di rumah dan bertanyakan beberapa soalan tentang penjagaan kulit sepanjang PKP ini.
Kenapa perlu manjakan kulit semasa kita sentiasa ada di rumah?
Sementara punya banyak masa di rumah, inilah masa yang terbaik untuk jaga kulit supaya ia tidak jadi kering, kendur dan tidak punya masalah pori seperti hari-hari biasa. Bagi saya ini adalah masa yang sesuai untuk memulihkan kulit anda, ambil sedikit masa untuk belajar dan selidik bahan dan produk baharu yang mungkin tepat buat kondisi kulit anda agar dapat capai kulit yang sihat dan flawless!
Apa rutin penjagaan wajah ‘AM’ yang Shiyo sering amalkan?
Selepas bangun dan mandi saya akan terus cuci muka seperti biasa, dan mula lakukan rutin ‘9 step’ that I always practice every day.
Apa satu item penjagaan kulit yang penting tetapi ramai orang selalu lupa pakai semasa isolate di rumah?
Saya rasa antara item penjagaan yang ramai orang lupa adalah sunscreen, tidak keluar rumah tidak bermaksud anda tidak terdedah dengan cahaya UV dan pencemaran udara, at least gunakan sunscreen dengan SPF 30 semasa di rumah
Kalau saya hanya ada kurang 10 minit, apa cara paling pantas untuk dapatkan kulit segar dan berseri?
Pertama jangan pernah tingalkan Essence Lotion (toner) kedua terpenting adalah krim penjagaan mata, kemudian sapukan pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda dan akhiri dengan pelembap bibir!
1 Skincare device everyone should have during this Isolation?
Yang jadi kegemaran saya ketika ini adalah GuaSha facial lifting tools dan juga Jade roller! Urutan dari Facial GuaSha ini adalah satu teknik yang akan meredakan rasa stres pada otot wajah, ia juga akan merangsang peraliran darah dan saliran limfa dibawah kulit, dengan amalkan alat ini siang dan malam secara berterusan anda akan dapat rasakan wajah tampil lebih terbentuk, kulit tempil lebih sihat dan sedikit cerah dari biasa.
Apa satu item penjagaan penting yang Shiyo akan pakai setiap hari siang dan malam?
Untuk elakan mata tampak letih sudah semestinya saya pilih krim mata
Satu tip kecantikan yang Shiyo rasa semua orang perlu cuba semasa isolate di rumah?
Okey satu tip yang saya mahu kongsikan, jika anda malas untuk aplikasikan apa-apa pada kulit anda semasa ‘isolation’ ini dapatkan sheet mask kering dan rendamkan ke dalam toner kemudian pakai pada wajah, ia dapat membantu kulit untuk tampil lebih lembap dan energize!