Rakyat Malaysia kini sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Namun jika anda ada sejarah perjalanan atau baru pulang dari negara yang mempunyai jangkitan atau kontak rapat kepada kes Covid-19, amalkan kuarantin diri selama 14 hari dan patuhi tindakan yang EH! kongsikan ini.
- Sentiasa berada di rumah dan pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.
- Jarakkan diri satu meter daripada orang lain
- Tutup hidung dan mulut dengna tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah bertutup. Basuh tangan serta-merta.
- Kerap basuh tangan dengan air dan sabun
- Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
- Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun sebelum digunakan semula
- Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh
- Buka tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik.
- Jika bergejala, pakai penutup mulut dan hidung dan dapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia